June 28, 2026

Konsert Faizal Tahir

Faizal Tahir nak buat konsert Oktober ni? wah...

Saya pernah sembang-sembang dengan sapa tah tak ingat. Saya kata sapa artis yang kalau dia buat konsert saya nak pegi. Ya betul!.. Faizal Tahir! Tapi saya nak Faizal Tahir version yang dulu. Sebab sekarang dah tua suara dia dah tak energetic macam dulu hahaha... Tapi bila tengok promo konsert kali ni wah menarik song list dia yang dia dah reveal. Mahakarya Cinta, Karma. Sampai Syurga, Sejati. Alahai bestnya bestnya... Ok ni.. Kalau setakat lagu-lagu dia sekarang kureng sikit la.. yang style lagu-lagu rakyat tu.. Kita jiwa rock ahaks.. Tapi mampukah dia menyanyi balik lagu lama-lama dia tu? 

Gurau-gurau dengan husband, Abang takde dapat tiket free ke? Kan buat kat Unifi Arena :) Hehe.. Tak dilayannya kita..

But seriously, adakah saya akan pegi walau dapat tiket free?

Of course la tidak.. haha... dah tua la.. kena sedar diri hehe...


June 10, 2026

Mesin Jahit Mak

 


Mesin jahit mak.

Mak tak ambik upah menjahit. Tapi baju anak-anak 11 orang semua mak jahit sendiri. Baju raya, baju sekolah, sarung bantal, selimut, alas meja, langsir, pemegang periuk. Hebatnya mak!

Sampai sekarang dalam usia mak 84 tahun, mak masih boleh menjahit. Alhamdulillah Allah bagi rezeki mata mak masih sihat walaupun pakai cermin mata. Tapi dah tak pakai la mesin jahit legend ni. Tak main la goyang2 kaki ni. Sekarang kita pakai mesin auto, tekan je jalan hehe.

Saya pun nak jadi macam mak tapi.... ðŸ˜…


Vespa Usang Itu

 


Vespa kepunyaan arwah bak ni sudah menjangkau usia 60 tahun. Menjadi saksi perit jerih seorang ayah mencari rezeki untuk keluarga besar seramai 11 orang anak.
Pagi arwah bak pergi sekolah untuk mengajar. Petang pula ke kebun untuk petik kopi. Muat pulak vespa ni arwah bak bawak balik durian, kelapa, cempedak atau manggis dalam guni letak kat kaki..
Dulu warnanya kuning cair, lepas tu warna oren, lepas tu sekarang warna biru. Walaupun sekarang vespa ni dah tak hidup, biarlah ia jadi nostalgia dan kenangan yang tak akan padam.

Piano Usang Itu


Piano usang itu.
Arwah bak seorang guru muzik. Kami dibesarkan dengan alunan ghazal seminggu sekali apabila kumpulan ghazal arwah bak berlatih di rumah. Alunan biola, peti, tabla, gambus, marakas dan tamborin menemani kami menyiapkan kerja sekolah.
Saya tak ingat bila arwah bak beli piano ini. Dan sebenarnya saya tak ada memori menyaksikan arwah bak main piano ni. Masa kecik, yang rajin main saya dan eli. Kami tak pergi kelas piano. Tapi kami belajar sendiri; dengar lagu dan tekan saja piano itu cari melodi dan chord yang betul. Lepas tu ulang-ulang sampai hafal. Mungkin darah seni yang diwarisi sedikit sebanyak membantu. Ataupun kami pinjam buku lagu abang2 kami yang ada tulis lirik lagu dan guitar chord. Main chord dan sambil tu kami pun nyanyi lagu-lagu rock jiwang haha 😄.
Ah.. malam-malam ni bernostalgia pulak.
Kini piano hanya tinggal rangka. Masih keluar bunyi tapi key sumbang sebab dah lama tak tune. Ada key yang dah tak berbunyi. Sesekali terdengar Nazmi memainkan lagu yang sumbang.
Piano usang, tanda legasi muzik arwah Cikgu Kamsan.
Kini legasi bakal diteruskan oleh cucunda Tasha, pemain violin dan juga bakal guru muzik yang sedang menuntut di IPG.