July 09, 2026
Reno Regrets
June 28, 2026
Konsert Faizal Tahir
Faizal Tahir nak buat konsert Oktober ni? wah...
Saya pernah sembang-sembang dengan sapa tah tak ingat. Saya kata sapa artis yang kalau dia buat konsert saya nak pegi. Ya betul!.. Faizal Tahir! Tapi saya nak Faizal Tahir version yang dulu. Sebab sekarang dah tua suara dia dah tak energetic macam dulu hahaha... Tapi bila tengok promo konsert kali ni wah menarik song list dia yang dia dah reveal. Mahakarya Cinta, Karma. Sampai Syurga, Sejati. Alahai bestnya bestnya... Ok ni.. Kalau setakat lagu-lagu dia sekarang kureng sikit la.. yang style lagu-lagu rakyat tu.. Kita jiwa rock ahaks.. Tapi mampukah dia menyanyi balik lagu lama-lama dia tu?
Gurau-gurau dengan husband, Abang takde dapat tiket free ke? Kan buat kat Unifi Arena :) Hehe.. Tak dilayannya kita..
But seriously, adakah saya akan pegi walau dapat tiket free?
Of course la tidak.. haha... dah tua la.. kena sedar diri hehe...
June 10, 2026
Mesin Jahit Mak
Mesin jahit mak.
Mak tak ambik upah menjahit. Tapi baju anak-anak 11 orang semua mak jahit sendiri. Baju raya, baju sekolah, sarung bantal, selimut, alas meja, langsir, pemegang periuk. Hebatnya mak!
Sampai sekarang dalam usia mak 84 tahun, mak masih boleh menjahit. Alhamdulillah Allah bagi rezeki mata mak masih sihat walaupun pakai cermin mata. Tapi dah tak pakai la mesin jahit legend ni. Tak main la goyang2 kaki ni. Sekarang kita pakai mesin auto, tekan je jalan hehe.
Saya pun nak jadi macam mak tapi.... ![]()
Vespa Usang Itu
Piano Usang Itu
May 20, 2026
My Hajj Story
Tiba-tiba saya terjumpa catatan ini dalam Notes saya. Saya tak ingat bila saya tulis dan kenapa saya tulis dalam Notes saja. Memandangkan sekarang tengah musim haji, jadi saya nukilkan di sini buat kenangan.
-----------------------------------
Sana sini orang bercerita tentang pengalaman haji mereka, berkongsi gambar2 mereka. Saya masih ingat pada tahun2 sebelum ini, bila tiba musim haji, saya rasa sangat jeles.. sangat3 jeles dengan kawan2 yang dapat pergi haji.
Perjalanan haji saya bukan baru bermula setahun dua ini. Ianya sudah ada dlm doa sejak umur mid 30an lagi. Duit di tabung haji saya pastikan tak terusik kos haji yg saya simpan (masa tu kos masih rendah). Namun saya sedar waktu itu bukan masa terbaik utk saya pergi. Sebab tu saya tak pernah buat rayuan (giliran haji saya 2025). Saya ada 2 orang anak kecil yang tak sihat yang tak sanggup saya tinggalkan. Allah Maha Tahu bilakah masa yang terbaik untuk Dia menjemput kita menjadi tetamuNya. Saban tahun saya pujuk hati bila melihat rakan2 sebaya atau yg lebih muda mendapat gelaran dhuyufurrahman.
Tahun 2019 setelah pemergian Aqil, kami mula mengorak langkah. Bermula dengan umrah, kami panjatkan doa. Tidak putus berdoa dalam setiap sujud di hening pagi. Namun apakan daya, Covid19 pula menjelma. Bila dah makin reda, ujian yang lain pula tiba. Saya ditimpa masalah kesihatan yang menyebabkan saya terpaksa meninggalkan career saya. Rupa2nya ujian itu adalah satu anugerah, satu hadiah dari Allah. Allah bagi saya rehat, bagi kelapangan masa dan juga bagi saya rezeki yang tak disangka2 dimana saya dpt sedikit pampasan. Hujung 2022 suami ajak pegi kursus asas haji. Sebagai persediaan. Manalah tau dipanggil awal sebab berdasarkan tahun sebelum2nya banyak restriction utk pegi haji, contoh umur tak lebih 60 tahun, medical checkup yg strict, etc.
Setelah menghadiri 14 siri bersamaan 14 minggu kursus haji, berdasarkan info dr pegawai TH dan ustaz, kami dapat merasakan kami ada peluang yg cerah utk pergi tahun ni melalui rayuan. Sebab rayuan pun ikut tahun giliran rupanya. Dan kalau daftar dgn pakej, lagi tinggi peluang utk dapat rayuan.
Kami mula survey2 harga pakej. Masya allah paling murah pun dlm 50k! Itupun harga tahun lepas sebab tahun ni punya lambat keluar sebab tunggu TH punya kos diumumkan dulu.
Pada bulan Ramadhan tahun 2023, kami mendapat berita yang kami terpilih untuk pergi haji (melalui rayuan PJH). Alhamdulillah... Dan akhirnya saya faham dan sedar bahawa rezeki yg Allah beri haritu adalah untuk saya pergi haji. Subhanallah.. i am going to hajj fully sponsored by Allah! Literally! Air mata kesyukuran meluncur laju terlepas dari empangan. Akhirnya all the jigsaw puzzles falls into its places. After all the journey.. from 7 years of bittersweet moments with Aqil Aqlan and then 2 years of my blepharospasm, akhirnya Engkau kurniakan hadiah terindah ini.
About 2 months before hajj, my eyes are getting better. Allah temukan saya dengan penawar penyakit saya. Sehingga hari saya berlepas, saya dah tak perlukan assistance, saya dah boleh berjalan sendiri. Masya allah.. hebatnya perancangan Allah. Saya betul2 merasakan Allah memandang saya dan memberi perhatian kpd saya dan memilih saya untuk menjadi tetamuNya. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur ðŸ˜.
May 15, 2026
Calon Menantu
She: Mak Tam, ada tak suggestion buku yang sesuai untuk saya baca untuk persediaan kahwin?
Me: Hmm.. ada ke ek. Buku Aku Terima Nikahnya ada la.. hehe.. Buku lain macam tak ada yang related je. Dah cuba tengok library kat depan tu? Awak nak buku fiqh ke atau related to mental and emotional?
She: Lebih kepada nak prepare mental kot. Secara psikologi la.
Lalu kami pun berborak la pasal ni. Mak tam pun tak tau lah. I just shared from pengalaman. Marriage is really a subjective topic. There is no right or wrong. All are experiments. But you can always learn from people's experiences. It might works for you, it might not.
The conversation suddenly hit something deep inside of me. Rasa sebak. Rasa sayu.
Macamana kalau tiba-tiba anak mama yang tanya soalan-soalan macam ni? Am I ready? (My anak sedara ni pun umur sebaya humaira maisara)
Bila fikir macam tu, tiba-tiba perasaan tu macam bercampur baur.. Rasa macam nak anxiety pun ada. Huhu...
Cerita kat husband. Dia suruh start buat usrah dengan budak2 ni pasal topic ni.
Ah.. see... i still call them budak2.. Calon pun takde lagi (so far la.. or as far as I know)
Huhuhu... Am I ready?
