February 04, 2016

Kuatkan hatimu Aqil


Mula-mula selepas pemergian Aqlan, Aqil tak faham. Asyik tanya je mana Aqlan. Malam tu sebelum tidur mama terpaksa melayan pertanyaan Aqil yang macam-macam..

Aqil: Aqlan mana?
Mama: Aqlan dah tak ada. Aqlan dah meninggal.
Aqil: Aqlan pergi mana?
Mama: Tadi kan Aqil nampak Aqlan kat kubur.
Aqil: Bila Aqlan nak balik?
Mama: Aqlan dah tak boleh balik dah.
Aqil: Bila kita boleh jumpa Aqlan?
Mama: Kita dah tak boleh jumpa Aqlan dah. Eh, boleh kita boleh jumpa Aqlan kat Syurga insya allah. Tapi laaaaaaama lagi.
Aqil: Lama ke? Sampai bila?
Mama: Lama lagi. Kita kena tidur bangun tidur bangun tidur bangun (ulang 100x)... Lama lah..
Aqil: Hehehe... kelakar la mama.
Mama: Aqil sayang Aqlan tak?
Aqil: Aqil saaayang Aqlan. Mama cedey ke?
Mama: Yelah mama sedih la Aqlan dah tak ada.
Aqil: Ayah pun cedey.
Mama: Aqil tak sedih ke?
Aqil: Tak lah. 
Mama: Ye ke..
Aqil: Mana ada! Aqil sayang Aqlan.
Mama: Oklah... Aqil tidurlah....

Malam tu mama sendiri tak boleh nak tidur.. Bagaikan filem yang diputar semula semua bermain di kepala mama. Penat sangat tapi tak boleh tidur.

Esok siangnya masih lagi bertanya tentang Aqlan. Lepas tu siap pakat dengan Nazmi nak pegi kubur tengok Aqlan naik kereta Nazmi. Siap suruh Nazmi tanya Mak Liza, boleh tak Aqil nak tumpang naik kereta Mak Liza nak pegi kubur. Mak Liza tanya, nak buat apa pegi kubur? Aqil jawab, nak jumpa Aqlan lah!

Hari esoknya lagi, kami pegi kubur sekali lagi. Sambil bawak nek nak melawat kubur. Bawak Aqil sekali. Dia tak nak tengok pun kubur Aqlan. Bila kita tanya, dia tak nak cakap pape pun. Tapi bila dia rasa kita tak tengok dia mama perasan dia jeling-jeling kat kubur Aqlan.

Selepas kami bawa ke kubur tu, Aqil dah tak tanya lagi tentang Aqlan. Tapi ada jugalah sesekali dia tanya, itu pun macam tersasul yang kemudian dia tersengih-sengih sendiri. Masa kami bawa pegi supermarket nak cari mainan Aqil, Aqil berkenan tengok beg Robocar Poli. Mama tanya nak yang biru muda ke biru tua. Dia kata, ini untuk Aqil, yang ni untuk Aqlan. Mama kata Aqlan kan dah tak ada. Dia kata "Eh" lalu tersengih.

Malam tu nak tidur pun dia dah tak tanya dah. Tapi memang dia agak moody. Tak nak pakai baju la.. itu lah.. ini lah..  Masa nak tidur tu tiba-tiba Aqil kata, "Aqil sayang Aqlan". Huhu... Sedih sangat mama masa tu. Tentulah sudah pasti Aqil rasa kehilangan. Mereka dah bersama sejak dalam perut lagi. Tentu ada special bonding antara mereka. Aqil nak cakap pun mungkin tak tau nak cakap macamana dia rasa. Tapi mama faham.

Tabahlah sayang, kuatkan hatimu.. Semoga kita semua dapat jumpa Aqlan lagi di syurga satu hari nanti.

No comments: