November 08, 2022

My Blepharospasm Journey 4: 2nd Opinion

Pada mulanya saya bercadang untuk mendapatkan second opinion di International Eye Specialist Center (ISEC) berdasarkan recommendation daripada Dr Saf, my ex-schoolmate who is an eye specialist. Dah appointment tapi selepas tu dapat recommendation daripada Abg Thor who is also an eye specialist in Unisza. (Sorry tak tau ejaan sebenar abd thor, tapi macam tu la bunyinya hehe). Abg Thor suruh ambik video of my eyes. Dia kata macam bukan blepharospasm. Untuk mengesahkan lagi, dia recommend untuk ke HKL jumpa neuro-ophtalmologist.

Saya jumpa Dr Nurul Ain di HKL. Dia pun kata macam bukan blepharospasm. Sebab mata saya tak spasm. Cuma nampak susah nak angkat kelopak mata. They called it droopy eyelids atau ptosis. Maybe because saya pun complain heaviness in the eyelids. Bukan spasm. Macam-macam test kena buat. Mula-mula buat test untuk vision.. rabun jauh, rabun dekat, rabun warna, dilation, tracking. So far ok. Then dr buat beberapa test untuk MG.  Saya buat 'ice pack testing'. Letak ice kat mata. Kalau MG, sepatutnya lepas letak ice beberapa minit, mata akan boleh dibuka atau improve. Kemudian ambil darah. Tapi result darah kena tunggu next follow up. Saya juga kena ambil darah kat lab luar. Yang ni sebab nak buat test darah yang melibatkan immune system. Kenapa lab kat HKL tak boleh buat ya? saya lupa reason dia hehe. Nasib baik ada Lablink Medical Laboratory depan Hospital Tawakkal, tak jauh dari HKL. Boleh lah selesaikan dalam satu hari tu. 

Selepas beberapa minggu, saya datang kembali untuk follow up. Semua test yang telah dibuat termasuk blood test menunjukkan tiada unsur-unsur penyakit yang melibatkan masalah immune atau antibodi. Jadi kemungkinan besar bukan MG. Dr Ayn mencadangkan untuk berbincang dan evaluate further dengan neurologist. Cuma beliau kata queue panjang di HKL. Beliau recommend untuk jumpa Prof Rabani di HUKM. 

Di HUKM, mula-mula kami berjumpa Dr Chee Yong Chuan. Sewaktu saya menceritakan segala sejarah masalah saya, Prof Rabani pula join. Kami ulang lagi cerita. Kemudian Prof Rabani panggil seorang lagi doctor yang pakar dalam movement disorder, kalau tak silap namanya Dr Shahrul Azmin. Kena ulang balik medical history. Sampai Dr Chee tu pun dah hafal, dia yang terangkan kat Prof-Prof tu. Jadi kami dalam bilik tu macam sedang dalam meeting dengan doctor-doctor ni. Bayangkan tiga orang sekali yang cuba diagnose saya. Tapi yang paling bestnya, bila saya kata ini untuk dapatkan second opinion dan bila bagitau nama Neurologist saya ialah Prof Goh, mereka semua hands down. Mereka semua kenal Prof Goh. Mereka kata Prof Goh tu level sifu/otai neurologist kat Malaysia ni. Hehe.. mana la kami tau. Berani pulak kita mintak 2nd opinion kepada Prof Goh punya diagnosis ya.. hehhe.. Tapi doctors kat HUKM pun professional, tidaklah mereka terus setuju saja dengan Prof Goh. Tapi dalam sessi tu tak dapat kata putus. Mereka minta saya bagi MRI result dari UMSC, dan mereka akan bawa kes ini untuk perbincangan lanjut dalam neurology department. Mereka juga ambil video saya untuk dibincangkan.

Beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan yang mereka setuju dengan diagnosis Blepharospasm. And they said that I can continue with Prof Goh, and that I am in a good hands. :) 

Alhamdulillah saya terima diagnosis ini dan boleh focus kepada treatment untuk blepharospasm. Mungkin apa yang memeningkan doktor-doktor ialah tak nampak mata saya spasm atau twitching. Mata saya lebih kepada eyelid heaviness yang menyebabkan saya susah nak buka mata. Kenapa botox injection tak berkesan? Melalui pembacaan saya, ia memerlukan the right dosage and the right spots to inject. Dan setiap orang injection pattern dia tak sama. So kena trial and error. Lagi pulak kena tunggu 3 bulan baru boleh re-try balik. Saya ada join blepharospasm support group dalam Facebook. Banyak juga information dan pengalaman orang lain yang saya dapat. Ada yang kali ke 4 atau 5 baru dapat the right patterns. Ada juga yang memang botox injection not effective on them langsung. Jadi saya tak akan berputus asa. Saya akan teruskan lagi injection sehingga dapat the right pattern untuk saya, insya allah.

Injection saya yang ke-2 dan ke-3 pun masih tak beri improvement kepada saya. Dan semakin lama mata saya semakin susah nak buka mata. Kalau saya cuba buka mata menggunakan tangan, baru nampak spasm tu. Mata saya cuba melawan untuk tutup semula.

Dan kini baru saya akui kehebatan Prof Goh hehe. First time jumpa saya dia terus boleh diagnose dengan betul based on his obervation. Takde blood test, ice pack test. Dia cuma buat physical examination. Memang betul-betul otai. Subhanallah semuanya kurniaan Allah.. Tapi belum cukup otai sebab dia belum jumpa the right pattern untuk saya. Dan injection ini pun sebenarnya bukan cure, tetapi lebih kepada manage. Perlu diambil setiap 3 bulan. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Sementara itu, saya juga cuba rawatan alternatif lain seperti rawatan islam, acupuncture, homopathy dan neuroplasticity. Saya harap rawatan alternatif boleh cure masalah saya ini. Insya allah...

No comments: