March 03, 2010

Kau dan aku

Ini bukan tajuk cerita Kau dan Aku Astro Ria tu yang Mila, Akim dan Aril berlakon tu...

Ini adalah berkisarkan anak-anak mama..
Should I or should I not allow them to bahasakan diri 'aku'? not to me but occasionally i heard them saying 'aku' to their friends...

Kalau dengan mama ayah dan adik beradik memang la tak guna 'aku'.

Luqman bahasakan diri 'Luqman' atau kadang-kadang bahasakan diri dengan adik-adik dia 'abang luqman'.
Humaira, maisara, imran bahasakan diri 'kite'.. Ni menurun dari mama la ni.
Raihana bahasakan diri Ana/Ena tapi semenjak dua menjak ni kadang-kadang dia bahasakan diri dia 'kite' jugak... cutekan budak 2 tahun lebih yang masih pelat-pelat bahasakan diri dia 'kite' heheh..

Sejarahnya

"Aiyoo, tak tau, cakap 'aku' nanti jadi hantu paku"
"Ooo cakap 'aku' ye, nanti bagitau mak.."

Kenapa agaknya kita tak boleh cakap 'aku'? Sebenarnya bergantung kepada dengan siapa kita bercakap. Kalau dengan orang yang lebih tua memang tidak manis untuk bahasakan diri 'aku'. Tapi itu pun ikut budaya setempat juga. Tak silap mama ada sesetengah tempat yang memang bahasakan dirinya 'aku' walaupun dengan ibu bapa sendiri dan tidaklah dikatakan tidak cukup ajaran.

Mama dulu masa kecik-kecik memang cukup pantang cakap aku. Tapi masa tu rasanya memang kawan-kawan semua takde yang cakap 'aku'. Tu yang jadi cakap 'kite' tu. Dari segi tatabahasanya memang la confirm salah tapi bila tulis karangan, jawab soalan ke pandai je bezakan saya dan kita.Tak confius pun.

Sehinggalah mama masuk Form 1. Mama masih utuh dengan ke'kite'an itu walaupun kadang-kadang orang gelak.. hehhee.. Yelah masuk asrama kawan-kawan semua dari seluruh pelusuk alam jadi bila ada orang cakap 'kite tu.. kite ni..' abih kena gelak. Sampai Form 5 tu.. jangan tak tau.

Tapi bila lepas SPM, mula berkawan mix kat college, uni..(dulu masa form semua pompuan). Takkan nak cakap kite-kite kan dengan kawan-kawan berlainan jantina ni. Confirm kena gelak.. hehheh. (Kecuali dengan sorang la masa tu.. konon nak manja-manja.. kekeke.. ). Ketika itulah mama terpaksa memecahkan benteng ke'kita'an.

Sekarang

Bila masuk kerja, sungguh tak sure nak bahasakan diri apa kerana kita berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Lagipun masa mula-mula masuk tu kita lah yang paling junior. So I - you lah gamaknya. Namun kadang ikut orang juga. Bila jumpa geng Johor (Nazirah), kami memang cakap kite-kite. hehhe.. Kalau dengan adik beradik pun maintain kite-kite.

Yang paling bestnya bila jumpa Ninie and Wan sama-sama. They were my collegemate during A-Level. Just imagine, mama and Ninie bahasakan diri 'nama' dengan Wan, tapi 'aku' antara mama dengan Ninie. So bila kami bertiga (ish dah lamanya tak kumpul bertiga!), memang asyik tersasul-sasul je.. thinking of that, why not standardise ek? Rasanya sebab Wan memang tak pernah cakap 'aku'2 ni. so dia cakap dengan orang I you tapi masa tu kami 'geli' sikit nak cakap I you I you ni.. heheh.. so itulah sebabnya...

So kesimpulannya, cemana? Pada mama ok cuma kena tahu dengan siapa mereka bercakap. Kalau dengan kawan-kawan ok lah.

Hmm.. kenapa kita tak ajar mereka cakap 'saya'????

No comments: