March 12, 2010

Blueberry cheesecake

Ini percubaan kali kedua mama buat cheesecake. Yang ini jenis no-bake cheesecake. Maknanya sejukbekukan sahaja tanpa perlu dibakar dalam oven. Percubaan kali pertama ok juga.. menjadi.. cuma tak sempat nak snap gambar.

Sebenarnya lama dulu memang pernah try buat tapi masa tu susah nak dapat gelatin so tak dapat buat yang boleh berdiri dengan sendirinya. Kena betul-betul beku macam air batu. Imagine la macamana nak memotongnya. Resepi pun cari kat internet je.

Sehinggalah baru-baru ni mak wa cerita dia buat cheesecake. Terus menaikkan semangat untuk mencuba semula. Sekarang pun dah ada halagel gelatin yang mudah didapati di mana-mana supermarket. So resepi ni dapat daripada Mak Wa.

Resepi 
(huhu sorry tak ingat sukatan, akan update semula dengan sukatan yang betul)

Base
Biskut digestive dihancurkan menjadi crumbs
Butter dicairkan

Cake
Philadelphia Cream Cheese
Whipped Cream
Condensed Milk
Cold Fresh Milk
Gelatin + water (panaskan hingga larut atau rendam dalam air panas)
Blueberry filling

Caranya:

Blend kering biskut digestive. Campurkan dengan butter yang telah dicairkan. Gaulkan hingga rata. Masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sehingga padat. Masukkan dalam fridge supaya keras.

Putarkan whipped cream menggunakan mixer sehingga kembang. Ketepikan.
Putarkan Cream Cheese sehingga lembut. Masukkan condensed milk. Masukkan cold fresh milk. Masukkan whipped cream tadi. Mix sehingga sebati. Masukkan gelatin yang telah direndam dengan air panas tadi. Mix well.

Keluarkan semula base yang telah keras tadi.
Tuangkan adunan cheesecake tadi ke atas base.
Masukkan semula dalam freezer. Biarkan selama 4 jam.
Setelah keras, boleh simpan dalam refrigerator bahagian bawah saja.

Sebelum di hidang, tuangkan blueberry filling di atas kek tersebut. Kalau tak ada blueberry, guna cherry atau strawberry pun sedap juga.

Kek ini boleh dipelbagaikan. Contohnya semasa mixing, boleh dicampur dengan coklat atau strawberry jelly atau lemon zest untuk dipelbagaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.

menyediakan basenya
adunan cheesecake
sebelum masuk fridge.
yang menjadi model di sebelah kek itu ialah pembantu setia mama.
siap untuk dihidangkan
luqman yang paling suka cheesecake, diikuti dengan raihana dan humaira....

No comments: