June 15, 2014

Aqlan masuk wad lagi

Kesian Aqlan ye. Lepas seminggu keluar wad kena masuk balik. Kesian juga mama kena cuti lagi. Tapi iyalah anak-anak itu lebih penting dari kerja.

Dah nak habis dah cuti sekolah dua minggu setengah. Plannya mula-mula first weekend balik kampung, 2nd weekend bercuti kat KL duduk di PNB Darby Park. Seminggu sebelum cuti sekolah, Aqlan first time kena heart failure. Duduk wad 4 hari. Kebetulan pulak masa tu kat kampung belum siap buat tiles. Berhabuk-habuk mak kata. So tak jadilah balik kampung.

Masuk 2nd week, hotel dah book for the weekend. Tapi macam teringin nak balik kampung sebab memang dah lama tak balik kampung. Cadang nak ziarah Cik Adah yang baru kehilangan 2 orang insan tersayang dalam satu hari (Arwah Chom meninggal pukul 1 pagi, arwah Cik Mail meninggal siangnya pukul 5 petang). Juga nak ziarah Cik Pol yang baru habis buat kemoterapi kerana kanser. Jadinya buat keputusan untuk cancel hotel dan balik kampung. Oh budak-budak suka je balik kampung. Yang lain ramai juga balik kampung so sempatlah buat BBQ. Saya sponsor lambchop special bawak dari KL.

Hari Jumaat petang balik kampung sebab pagi tu pergi Gleneagles dulu untuk follow up Aqlan dan regular appointment untuk Aqil. Aqil kena buat echo. Doctor kata fungsi jantung Aqil nampak semakin lemah. Muka Aqil pun agak bengkak juga walaupun sudah ambil Lasix tiga kali sehari. Doktor bagi ubat lain pula untuk Aqil.

Untuk Aqlan tak buat echo sebab baru je buat masa dalam wad hari tu. Doktor suruh maintain bagi Lasix 3 hari sekali dulu sebab dia masih belum stabil. Memang ada ketika Aqlan nampak tak bermaya. Lepas main-main dia akan baring sekejap.

Sampai di kampung malam tu Aqlan tak berapa ceria. Nampak dia letih. Kami pasangkan oksigen sepanjang malam. Esoknya masih nampak tak bermaya. Petang tu kami bawa dia pergi berurut dengan Cik Jannah. Mak kata kalau Cik Jannah ni memang selalunya bagus urut budak-budak. Kami cuma ikhtiar je lah. Mana tau Aqlan ada sakit urat mana-mana sebab kalau sebab jantung tu dah ada ubat untuk dia. Satu hari tu memang dia tak berapa nak makan. Jadi semakin lah lemah. Aqil dan Aqlan dua-dua kena urut. Cik Jannah kata memang uratnya semua keras. Mungkin sebab tarik nafas laju sangat. Penat.

Malam tu Aqlan tak berapa tidur sangat. Nafasnya pun dah semakin laju. Berbeza dengan Aqil. Entah dari mana dia dapat tenaga jadi aktif pula. Asyik ajak orang main bola je. Semakin terrer pulak tu tendang bola. Dah jadi macam Aqlan dah. Suami berseloroh, agaknya Aqil dah tertukar dengan Aqlan tak.. hehhe.. Sempat lagi tu.

Malam tu saya rasa perut Aqlan macam keras sikit. Mungkin dah masuk angin sebab tak makan. Saya sapu perutnya dengan minyak kayu putih.

Esok pagi kami bawa Aqlan ke klinik untuk dapatkan ubat angin untuk sakit perutnya. Suspek saja lah. Bila check dengan doktor, doktor kata jantung Aqlan laju sangat. Kami bagitahu memang Aqlan ada pulmonary hypertension. So kami cuma minta ubat untuk perut kembung Aqlan saja. Doktor pun kata untuk pulmonary hypertension tu dia tak boleh buat apa-apa. So dia minta kami hati-hati sebab jantung Aqlan laju.

Lepas bagi ubat kembung tu nampak Aqlan pun dah nak start makan. Dan bertenaga balik. Tapi kami buat keputusan untuk cut short bercuti kat kampung. Sebab kalau Aqlan masih tak ok kami kena bawa dia ke hospital segera. Jadi tengahari tu kami terus bertolak balik KL. Budak-budak bising juga tapi akhirnya semua mengalah sebab semua sayangkan Aqlan.

Malam tu nampak Aqlan semakin ok. Memang kami plan pagi-pagi esoknya nak bawa ke hospital untuk check. Alhamdulillah pagi Isnin tu dah semakin ok. Dah boleh bangun jalan-jalan. Kalau tak sebelum ni dia melepek je. Sampai di Gleneagles rupanya Dr Chan akan masuk pukul 12 tghari. Dr Lim pula on leave. Kami pun balik semula. Tengahari tu sempat lagi bawak budak-budak ke Jusco untuk shopping raya.

Petang pukul 4.30pm baru datang balik ke gleneagles. Mula-mula tu macam nak tak nak juga datang balik sebab tengok Aqlan semakin ok je. Tapi suami kata bawa check sajalah sebab alang-alang dah cuti. Esok dah kerja.

So bila Dr Chan check, buat ECG, doktor detect heart rate very high and irregular. Terus doctor suruh admit untuk monitor. Dah la tak prepare apa-apa. Siap bawak Aqil dan kakak-kakak lagi sebab ingatkan sekadar nak check-check je. Sebenarnya pagi tu memang dah packing and bawak barang siap-siap just in case. Tapi petang tu punya lah confident tak bawak dah beg tu. So terpaksalah Aqil dan yang lain-lain tunggu lama sikit nak settle masuk wad etc. Sampai lepas maghrib jugalah baru diorang boleh balik. Malam tu suami datang balik bawakkan barang-barang keperluan.

Aqlan dimasukkan ke HDU kerana memerlukan pemantauan. Memang sangat tinggi heart rate Aqlan masa tu. Sekejap-sekejap monitor akan bunyi alarm menandakan bacaan sudah terlebih threshold. Heart rate yang normal untuk kanak-kanak adalah dalam range 90-130. Tapi Aqlan ada kalanya mencecah 180-200. Kena masuk ubat untuk control heartbeat Aqlan.

Bila tidur malam heart rate dah semakin ok. Paling tinggi pun 150. Esoknya semakin ok lagi. 90-100. Tapi malamnya semakin rendah pulak sampai 75-80. Saya dah mula risau pulak. Tapi doktor kata ok. Kalau nampak rendah cuba check bacaan oksigen pula. Kalau oksigen dia ok maknanya ok lagilah.

Alhamdulillah selepas 2 hari sebenarnya dah nampak ok. Tapi Doktor minta stay satu hari lagi untuk monitor. Alhamdulillah hari Khamis tu Aqlan dah boleh balik.

image from google
Kata doktor, keadaan Aqil dan Aqlan sama tapi tak serupa. Kedua-duanya berpunca dari tekanan tinggi dalam peparu menyebabkan tekanan tinggi dalam jantung (right ventricle). Aqil ada lubang antara belah kanan jantung dengan belah kiri jantung.  Jadi bila tekanan tinggi, sedikit tekanan direleasekan ke sebelah kiri. Jadi Aqil agak rasa selesa. Cuma disebabkan ada lubang, darah yang beroksigen akan bercampur dengan darah di sebelah kiri. Jadi sebab tu Aqil agak pucat sedikit mukanya dan oksigen dia pun selalu rendah.

Bagi Aqlan pula, dia tak ada lubang antara jantung belah kanan dan kiri. Jadi disebabkan terlalu tinggi tekanan di right ventricle, electric pulse yang control denyutan jantung tu jadi tak menentu dan tak normal. Itu yang jadi irregular. Jadi kena makan ubat untuk control heart rate dia. Doktor kata kes Aqlan lebih complicated. Boleh terjadi juga heart rate terlalu tinggi hingga ubat pun tak boleh nak control. Jadi mak ayah perlu bersedia atas sebarang kemungkinan.

Sebenarnya dah banyak kali kami diingatkan tentang persediaan atas sebarang kemungkinan. Namun kepada Allah jua kami panjatkan doa semoga Aqil dan Aqlan sembuh dan sentiasa sihat.

Next, apa plan kami ye sebab dua-dua Aqil dan Aqlan dah tak boleh pergi ke Taska lagi dah. Memang boleh bibik jaga dua-dua tapi kelam kabut sikitlah. Lagipun dua-dua tak boleh lasak sangat. Tak boleh nangis-nangis sangat. Diorang kalau nangis teruk sangat terus muka jadi biru, terbatuk-batuk dan muntah. Jadi buat sementara ni, Insya allah saya akan ambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan. Nak pantau keadaan Aqil dan terutamanya Aqlan yang nampaknya belum berapa stabil lagi. Sambil nak tengok bibik boleh tak handle dua-dua sekali. Kalau ok mungkin akan teruskan saja bibik yang jaga dua-dua.  Option lain cari bibik sorang lagi. Option lain lagi, saya sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Option lagi satu, saya berhenti kerja.  Saya ada masa 2 bulan untuk fikirkan mana yang terbaik. Semoga Allah beri petunjuk yang mana satu jalan yang terbaik buat kami sekeluarga. Amin...




June 03, 2014

Banofee Pie

First time rasa Banofee Pie di Delicious Cafe masa dating dengan husband. Masa tu saya order Pavlova yang saya kata tak sedap tuuuu.... Husband order Banofee Pie dan Apple Spice Tea Chaii Latte. Sampai sekarang asyik sebut kesedapan Banofee Pie dengan Apple Spice Tea tu. Saya pun cuba google dan study resepi Banofee Pie. Nampak macam senang cuma nak buat tofee/caramel/dulce de leche tu yang macam leceh je. Nak sebut Dulche de leche tu pun tak reti. Dan saya pun masih tak pasti apa beza antara tiga tu. Cara buat pun ada macam-macam. At last saya cuba ambil resepi dari Carnation.

It was a hit! Even though some improvement can be made next time I make it. Contohnya, tambahkan lagi pisang. Lagi banyak lagi sedap kot. Pie crust saya juga tak berapa jadi. So bila potong dia berterabur. Mungkin perlu chill kan lebih lama. Caramel tu jadilah juga tapi kalau ikut resepi dia kata bring to boil 1 minute je. Tapi saya masak lama la juga sebab tak pekat-pekat pun. Tapi bila dok lama sangat dalam peti ais dia jadi keras pula. Itu yang dilema tu sebab base dia kena lama dalam peti ais, caramel dia tak boleh lama sangat dalam peti ais. So kesimpulannya kena buat base dia ahead in time for quite some time before we put the caramel and whip the cream. Anyway, problem lebih kepada structure. But taste wise, it was awesome! Hehhehe. Luqman kata, mama patut mama buka bakeri la.. cewah!






Resepinya..

  • For the base:
  • 100g butter, melted
  • 250g digestive biscuits, crushed
  • For the caramel:
  • 100g butter
  • 100g dark brown soft sugar
  • 397g can Condensed Milk
  • For the top:
  • 4 small bananas
  • 300ml carton whipping cream, lightly whipped
  • grated chocolate

1. Tip the biscuit crumbs into a bowl. Add the butter and mix in. Spoon the crumbs into the base and about halfway up the sides of the tin to make a pie shell. Chill for 10 minutes.

2. Melt the butter and sugar into a non-stick saucepan over a low heat, stirring all the time until the sugar has dissolved. Add the condensed milk and bring to a rapid boil for about a minute, stirring all the time for a thick golden caramel. Spread the caramel over the base, cool and then chill for about 1 hour, until firm or until ready to serve.

3. Carefully lift the pie from the tin and place on a serving plate. Slice the bananas; fold half of them into the softly whipped cream and spoon over the base. Decorate with the remaining bananas and finish with the grated chocolate.

June 02, 2014

Aqlan pula masuk wad

Minggu lepas Aqlan masuk wad.

Hari Ahad minggu yang lepas Aqlan memang mula nampak tak berapa larat. Pagi tu beberapa kali buang air besar so ingatkan dia sakit perut. Tapi bila petang tu dah takde buang-buang air dah. So just monitor je lah. Malam tu tidur awal. Tapi  nafas Aqlan semakin laju. Tak boleh tidur sangat malam tu. Bila dah dekat pagi dalam pukul 5 lebih bawak Aqlan turun bawah. Terkejut tengok muka Aqlan bengkak dan agak pucat. Nafasnya pun laju sampai terhinjut-hinjut bahu. Kami terus buat keputusan untuk bawa Aqlan ke Gleneagles. Tapi perlu singgah di klinik dulu untuk dapatkan reference letter.

Bila sampai di klinik, Dr Qahhar check. Dia kata ada kahak kat peparu so advise ambil neb dulu. Pelik juga sebab Aqlan takdelah batuk sangat. Selepas ambil neb, doktor check balik dia kata peparu dah clear tapi nafas Aqlan masih laju. So doktor pun suruh terus bawa ke hospital.

Sampai di klinik Dr Chan, ramainya orang tengah tunggu nak jumpa doktor. Tapi alhamdulillah nurse kat situ pun sangat prihatin, bila nampak Aqlan susah nak bernafas dia terus panggil masuk dulu. Bila masuk je bilik Dr Chan, takde banyak cakap, terus je doktor call HDU untuk admit Aqlan. Terus je suruh saya keluar sebab doktor nak pasang line pada tangan Aqlan. Saya tunggu kat luar sambil mendengar Aqlan jerit-jerit. "Dah.. dah.."

Saya kata kat Dr Chan, Aqlan memang ada batuk-batuk sikit tapi tak teruk sangat. Macamana tiba-tiba boleh jadi macam ni? Apa yang trigger this thing to happen? Dr Chan kata memang boleh jadi macam ni. Mungkin tiba-tiba tekanan dalam peparu jadi terlalu tinggi menyebabkan jantung dia tak kuat nak mengepam darah ke seluruh badan. She even called it as heart failure.

Treatment untuk Aqlan sama macam Aqil selalu - Oxygen, 2 jenis antibiotik, Lasix, KCL dan Captopril. Alhamdulillah pada hari ke-3 Aqlan dah tak perlukan lagi bantuan oxygen kerana oxygen count sudah mencapai tahap yang memuaskan. Bebaslah sikit Aqlan nak bergerak dalam wad tu. Boleh duduk kat tepi tingkap dan mengira lori/bas yang lalu di depan hospital.

Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam, Aqlan telah dibenarkan balik. Nampak dia dah semakin ok tapi sebenarnya masih nampak agak lemah. Badannya pun dah kurus. Bayangkanlah masa mula-mula masuk wad 9.2kg, lepas makan Lasix timbang lagi keesokan harinya tinggal 8.2kg. 1kg tu rupanya air je. Hai... sedih tengok Aqlan yang dah jadi kurus. Hopefully badan dia akan naik balik. Dan alhamdulillah juga dia masih kuat makan. Even masa kat dalam wad hari tu pun masih suka nak makan. Alhamdulillah.

Anak... anak... memanglah menjadi ujian kepada ibu bapa. Ya Allah jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujianMu. Sembuhkanlah dan sihatkanlah Aqil dan Aqlan.

On d way to hospital. Muka bengkak sangat.

Di HDU
Lost 1kg in one night
Cian anak mama
Nice view you have there. Nampak KLCC.
Baru boleh mandi sebab dah boleh cabut oxygen
Favourite spot for the remaining days
Tengok apa tu?


May 19, 2014

Scone scone scone

Alhamdulillah percubaan pertama menjadik! Cuma agak manis sedikit. Esoknya buat lagi atas permintaan ramai. Kurangkan gula. Hmmm... lebih sedap! Ini resepinya. Saya ambil dari Joy of Baking.

2 cups (260 grams) all purpose flour
1/4 cup (50g) granulated sugar ----  I reduced to 1 tbs
2 tsp (10g) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup  (75g) cold unsalted butter, cut into pieces ---- I used Anchor
1 large egg, lightly beaten
1 tsp pure vanilla extract
1/2 cup (120ml) milk, half and half or heavy cream ---- I used Paul's Whipping Cream

Glaze:
Cream or Milk

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C) and place the rack in the middle of the oven. Line a baking sheet with parchment paper. 
2. In a large bowl, whisk or sift together the flour, sugar, baking powder and salt. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender,  two knives, or with your fingertips. (The mixture should look like coarse crumbs.)
3. In a small measuring cup whisk together the milk or cream, beaten egg and vanilla. Add this mixture to the flour mixture. Stir just until combined. Do not over mix.

4. Transfer to a lightly floured surface and knead the dough gently four or five times and then pat into 7 inch (18cm) round.
5. Then, using a lightly floured 2 1/2 inch (6.5 cm) round cookie cutter, cut the dough into rounds. Place the rounds on the prepared cookie sheet, spacing a few inches apart. Brush the top of the scones with a little cream.
(This helps to brown the tops of the scones during baking).
6. Bake for about 15 -18 minutes or until nicely browned and a toothpick inserted into the center of a scone comes out clean. Remove from oven and transfer to a wire rack to cool. Serve with Devon cream or softly whipped cream and your favorite jam.

These scones are best the day they are made but can be covered and stored for a few days. They also freeze very well.

Makes about 10 - 2 1/2 inch (6.5cm) round scones.

First time buat, potong macam pizza. Besar sangat
2nd time buat, potong square, kecik sikit. Sepatutnya bulat2 tapi tak ada cookie cutter.
Close up
Dihidangkan bersama lamb chop. Jamu family Alim datang dari kampung.

Geng selfie

May 12, 2014

Happy 36th Birthday!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you and me
Happy birthday to you....

Macam biasa, saban tahun saya akan menyambut harijadi sama-sama dengan suami. Beza satu hari je. Kek tahun ni kek brownies from Brown Butter Bakes. Kebetulan sebenarnya. Sebenarnya pakat-pakat dengan officemate nak order untuk next week. Tapi tercepat pulak dapat ngam-ngam 7 may hari tu. Ok just nice la tak payah beli kek lain. Cuma saya order brownies A-list (3 in1). So mula-mula agak pening juga macamana nak bagi nampak macam birthday kek. Dah la ketinggian pun tak sama. Nasib baik last minit dapat ilham baek punya. Cari lidi sate tak ada, guna sudu kecil yang orang guna untuk kacau kopi tu. Jadilah....





Tahun ni AGM TM jatuh pada 8 May. So kena paksa cuti lah kami (yeay!). Kami pun ambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan sambil cari hadiah harijadi masing-masing yang akhirnya semua dibayar oleh suami hihihihi...

Kami ke 1Utama. Wah dah laaaaaaamanya tak datang sini! Sampai tak boleh recall langsung pulak tu. Rasa macam asing je. Padahal dulu itulah tempat melepak paling utama. Apa taknya, masa kerja di Bangunan Ibusawat TTDI tu sepelaung je dah boleh sampai situ. Asal boring je lunch hour pergi situ.

Kami makan di Fish n Co. Macam Manhattan Fish la lebih kurang. Saya order Seafood Platter. Suami order apa ye lupa tapi macam chilli prawn pasta kot tapi tak pedas langsung. hehehe. oklah food sedap juga. Saya punya seafood platter dia punya udang grill dia memang sedap terasa rempah dia.






Selepas lunch kami terus pergi shopping kat AEON. Saya beli kasut. Suami beli baju kerja, seluar kerja, kasut dan lain-lain. Amboi.... shopping sakan! Sebelum tu memang dah setuju nak cari kasut sebagai hadiah birthday masing-masing. Thank you abang!

Sebelum pulang, saya ajak suami minum petang pula di Delicious Cafe. Teringin nak makan pavlova orang kata kat situ sedap. Hmmm... tengok rupa pun dah menarik. Tapi rup-rupanya, out la... Keras macam biskut! Nak makan pun susah. Pernah rasa pavlova kat Restoran Serai di Empire Subang. Memang sedap. Pernah makan yang kakak saya buat, memang terbaik. Pernah makan di Restoran Serai Shaftbury Square Cyberjaya, tak sedap keras juga. Huhuhu... macam ni memang kena belajar buat sendiri la... Resepi dah ada. Hmm... bila lah nak buat ye...


Nasib baik suami ada order Banofee Pie. Sedap! Kita pulak yang menghabiskannya hehhhee..

Hmmm.. Sudah mencecah 36 dah umur kami. Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Adakah kami telah isikan umur kami dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya? Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah kehidupan kami. Pandulah kami ke jalan yang lurus. Berilah kekuatan kepada kami untuk beribadah kepadaMu dan terus mencari redhaMu.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

May 05, 2014

Makan-makan di @grills

Alhamdulillah bonus baru masuk. Walaupun kena prorate sebab tahun lepas saya unpaid leave selama 2 bulan, namun alhamdulillah la juga. Dengan duit bonus itulah nak beli oxygen concentrator Aqil, nak buat gigi, nak bagi mak untuk pasang tiles, nak guna untuk buat wasiat dengan as-salihin trustees, nak bagi bonus kat bibik.... Kira punya kira memang ngam-ngam lah. Alhamdulillah.

Kira punya kira bonus suami lagi banyak dari saya walaupun dia kena prorate 6 bulan (sebab join the company dlm bulan June 2013). Wah... mana aci! hhehehe. Tapi takpelah rezeki suami rezeki kami juga hehhe... 

Ahad lepas, kami sekeluarga makan kat @grills sempena baru dapat bonus ni. Ini kali ketiga kami makan di sini. Anak-anak suka makan di sini kalau nak western. Tapi tak boleh selalulah. Harganya memang boleh tahan.

@grills terletak di belakang PKNS Bangi. Sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah.

Tropicana booster. Sedap tapi masam-masam sikit

Nachos as appetizer. Mmm.. sedap, sedap, sedap!!!

Mac n Cheese Junior untuk Raihana.

Club Sandwich 

Chicken Chop. Cuma spoil sikit dia punya tulisan @grills tu guna kicap. Rosak la tiba-tiba ada rasa kicap pulak.

Lamb chop. Mmmm... sedap. Tapi spoil sama tang tulisan tu

Spaghetti Ala Marina. Sedap! Seafood overload!

Tu diaa... beria makan Club Sandwich. hehheheh

Lovers Meat Platter. Semua ada. Lamb chop, grilled chicken, steak, meatball. Boleh rasa semua.

Spaghetti Carbonara. Alamak tak sempat nak snap picture dah kena ngap.

Aqil Aqlan tak ikut sebab masa nak pegi tu diorang tidur.

Bagusnya ada surau di sini. Kami solat zuhur di sini.

Kesimpulannya, kami sukalah. Kalau tak takkan dah 3 kali kami datang sini hehehhe.. 

April 16, 2014

10 tahun sudah rupanya!

Tadi saya belek-belek blog saya ni. Wow rupanya blog ni dah berumur 10 tahun!! Kalaulah saya start online bisnes masa tu, mesti dah berkembang maju dah sekarang. Heheh... Berangan je tak habis-habis, namun sampai sekarang tak tahu nak bisnes apa hehehe

Macam-macam ada dalam blog ni.. suka duka etc.. Tapi paling banyak mestilah pasal anak-anak. Dan kebanyakannya memang episod suka saja. Jarang saya menulis tentang episod duka di sini. Sebab memang jarang ada episod duka pun dalam hidup saya cewah. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah. Segalanya saya kembalikan kepada Allah. Dia yang mengaturkan segalanya. I am really thankful for that.

Of course, kita tidak terlepas dari ujian dan cabaran. Namun bagaimana kita menghadapinya, itu yang menjadi ukuran. Sebagai manusia biasa memang kita ada banyak kelemahan. Percaya atau tidak, kekuatan untuk menghadapi atau melaksanakan sesuatu perlu diminta dari Yang Maha Berkuasa, bukan datang dari diri sendiri semata-mata.

Saya suka nak bagi contoh. Saya selalu teringin nak bangun awal supaya saya sempat solat tahajjud sebelum masuk waktu subuh. Sebab saya memang selalu bangun tengah malam untuk menyusukan Aqil dan Aqlan. Banyak kali bangun. Tapi selalunya tak dapat bangun solat tahajjud pun sebab sambil menyusukan sampai saya sendiri tertidur semula. Tapi jika malam sebelum tidur saya niat betul-betul untuk bangun solat tahajjud, dan berdoa semoga Allah beri kekuatan dan bedoa semoga Aqil Aqlan tidur nyenyak waktu saya nak bangun tu, Insya Allah memang saya akan dapat tunaikan apa yang saya mahu. Tapi biasalah sebagai insan biasa. Saya dah tahu tapi saya selalu tak buat. Tidur pun kengkadang tertidur macam tu saja. Salahkan diri sendiri.

Itu salah satu contoh je.

Ok hopefully ianya sedikit perkongsian yang ada manfaatnya kepada semua terutama sebagai peringatan kepada diri saya sendiri.

Homemade Choc Chip Cookies

2 3/4 cup flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 pkg butter, softened to room temperature (I use Anchor)
1/2 cup sugar
1 cup brown sugar
2 eggs
2 tsp vanilla
1 cup chocolate chunk/ choc chip (I use chopped Beryl's Dark Compound)
1 cup nut (walnut/hazelnut/almond)


  • Preheat oven to 175 degrees celcius
  • Sift flour, baking soda, baking powder and salt in a large bowl and set aside.
  • Cream butter and sugars with a mixer for about 2 minutes until light and fluffy.
  • Add eggs one at at time until combined. Add vanilla and mix until combined.
  • Then add flour mixture slowly and mix until just combined.
  • Stir in nuts and chocolate chunks.
  • Roll into 1 1/2 inch balls and place two inches apart on prepared baking sheet.
  • Bake for 16-20 minutes or until done. 


  • Easy peasy!





    April 07, 2014

    Homemade Apam Balik

    Senang baitu...

    Bahan:

    2 cawan tepung
    1 tsp baking soda
    1 tsp baking powder
    1 cawan fresh milk
    1/2 cawan air
    1 biji telur
    1/2 cawan gula pasir
    Sedikit pewarna kuning
    Kacang tumbuk
    Krim jagung dalam tin
    Mentega untuk mengoles

    Caranya

    1. Ayak tepung, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
    2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Saya guna whisker saja.
    3. Masukkan susu, air dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
    4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau hingga sebati.
    5. Rehatkan sebentar (dalam 1/2 jam - 1 jam)
    6. Panaskan non-stick pan. Oleskan mentega padanya.
    7. Tuangkan sesenduk adunan tadi dan ratakan menggunakan belakang senduk. Gunakan api kecil.
    8. Tunggu sehingga hampir masak. Taburkan gula, kacang, mentega dan krim jagung
    9. Lipat dua dan sudah boleh dihidangkan.

    Resepi diolah sikit dari sini.


    Sedapnya! Rasa nak buat lagi hari ni :)

    A weekend full of cooking activities

    Last weekend was full of cooking activities. It started on Friday nite where I made the congo bars. Actually I have invited some of my usrah friends to come to my house on Saturday afternoon. So I made the congo bars ahead of time.

    On Saturday, I cooked Sheperds pie and fried macaroni for tea. I made some adjustment to the mashed potato because i remembered the last time I made this, my Sheperds pie splitted into two when cut - the potato layer and the filling, because the mashed potato is a little bit hard. So this time, I added some fresh milk and butter when I mashed them. And this time, I am using chicken instead of beef. Save you a lot of time. (If beef, I need to rebus until tender). The end result is still yummilicious. And the better texture of the mashed potato topping made it even more yummier. Hmmm.. I loved it!



    The 2nd dish I made was the fried macaroni. Macaroni is the trick for small kids! They love macaroni. Just a simple recipe. Boil the macaroni until tender. Blend some onion, garlic and anchovies. Saute them, put in some crab stick, fresh mushroom and diced green pepper. Put in the macaroni. Add whisked egg. Put some salt, pepper and mixed herbs. Voila! And as expected, it was a hit to the small kids! and the kids' mama too. Hehe.

    While I was busy preparing Sheperds pie and fried macaroni, Maisara insisted that she wanted to make congo bar cookies, a type of biscuit using congo bar recipe which Humaira and Maisara had made it a few times already. I did not really like it though so I said to Maisara to make a real cookies. So I showed her a recipe in the internet which I have been eyeing for quite some time but haven't really make the effort to try it. It was a very simple recipes but it actually turned out real good! Yes, Maisara and Humaira made them themselves but with my supervision. Everybody loves it! And Humaira and Maisara had started talking about their business plan. Hehe..



    On Sunday, Luqman made me do some homemade apam balik. He is a fan of apam balik. He has been nagging me to make this since I told him that I have found an apam balik recipes last week. I already bought the ingredients but haven't found a suitable time to try it until yesterday. So since the family ate quite an early lunch yesterday (because they have Akademi Bolasepak Sutera and came home very hungry or should I say, starved!), I made the apam balik at around 3pm. Wow, the recipes is definitely a keeper. I didn't know that making apam balik is this easy. Hehehe.. And delicious and soft and I can put corn cream and nuts as much as I want. But next time I need to double the recipes, not enough for our big family heheh... 



    At 5.30pm, Maisara complained that she was hungry. What! Just ate tea and now you are hungry again! Hahaha.. I scanned through the fridge and saw a bowl of macaroni which I have boiled yesterday but I purposely left some. Mac n cheese it is!  I take out 3 crab sticks, about 1 cup fresh milk, a spoon of butter, a spoon of flour and 2  cheese slice. Melt butter, saute flour using whisker until brownish, add fresh milk. Stir for some time, add sliced crab stick, put in cheese until melted, put in macaroni. Add some salt, pepper and mixed herbs. Mix and stir. Taraaa... Hmm... makan lagi... And I am very happy because Aqil ate a lot of it. Aqil please put some weight! huhu...

    Well other than these, of course I also cooked for lunch and dinner - asam pedas ikan senangin for Saturday, ayam masak kicap for Sunday lunch and chicken soup for Sunday dinner. There is nothing can replace the feeling when I cooked for my own family. I usually take the effort to really cook on weekends because on weekdays, I pass the cooking task to my maid. And the most important thing is my kids love my cooking. Yippee!!

    p/s - recipes for cookies and apam balik coming soon....

    April 01, 2014

    Tak ada kerja?


    Ahahahaa... kelakar tak? Ini namanya memang tak ada kerja!

    Memang semenjak dua menjak ni agak boring di office sebab tak berapa ada kerja sangat. Biasalah bila masuk phase build, testing memang slow sikit sebab tak berapa involve sangat. Cuma selalunya bila masuk phase build, release baru akan masuk so kita akan sibuk semula dengan requirement dan design. Tapi disebabkan projek pun dah nak habis so hmmm... macam ni lah...

    Dengar ura-ura projek sampai bulan Jun je. Wah itu tak lama lagi tu. Nanti kenalah balik ke tempat asal. Cuak juga. Sebab tempat lama dah tak macam tempat lama sangat dah. Sebab masa saya masuk projek ada buat restructuring so orang-orang pun ramai yang baru kat office saya tu. Sekarang pun bila ke office lama tu memang terasa macam orang asing je sebab tak kenal orang walaupun sebenarnya kita la penduduk asal office tu huhu. Kerja kat tempat lama pun dah lama tinggal dan dah banyak yang berubah sampai kadang-kadang saya pun terlupa team saya jaga customer mana hehehe. Hmmm.. kenalah belajar balik nampaknya.

    Tapi sebenarnya excited juga. Suka belajar benda baru. Mungkin kat sini sekarang dah tak berapa ada benda baru tu yang jadi agak boring je tu hehehe..