July 01, 2009

Kebun arwah tok di Parit Bengkok

Last time kami balik kampung, kami telah berkesempatan untuk berkunjung ke kebun arwah tok. Sekarang ni Pak Alim la yang jaga dan mengerjakannya... Memang dah banyak perubahan. Tapi memang tersangat lamanya mama tak pergi kebun. 10 tahun lebih ada kot. Tu yang mama rasa dah lain sangat dah. Dah tak cam dah. Nasib baik bawak nizam nazim diorang la jadi tour guide. Hehhe...
Jalan masuk ke kebun. Titi dah uzur. Cadangnya nak buat projek jambatan concrete. Tapi project tak kickoff lagi. Tengok tu air parit depan tu kering. Tinggal lumpur...
Bahagian depan kebun. Dulu kat sini ada pondok. Tempat letak vespa, tempat persalinan dan tempat pembaringan. Tapi sekarang dah tak ada. Tanya Pak Alim, abis tu kalau nak rehat duduk kat mana? Pak Alim kata carilah bawah pokok mana-mana.... Yelah pak alim pun weekend je baru sempat nak jenguk kebun. Tak sempat la nak buat bende extra-extra...
Hehe.. tetiba terselit gambo vespa kat sini... Inilah vespa tok yang telah diupliftkan.. modelnya ialah pak alim...hehheh... fuh macam baru... dulu vespa ni la bawak guni-guni kopi, kelapa, durian, pisang... Kalau nak ikut ramai-ramai, mama selalu duduk eh berdiri kat depan. Kalau hujan boleh nyorok..

Parit kecil yang lalu di tengah-tengah kebun. Ini kat sebelah 'pondok' dulu. Kat sini lah dulu tempat membersihkan diri, bermain air, bermain dengan ikan. Tapi sekarang setitik air pun dah tak ada. Penuh dengan daun-daun pokok je...
Pokok kelapa sawit yang menggantikan pokok kopi. Dah besar-besar juga. Ini yang kat depan. Kat belakang-belakang lagi dah besar dan hasilnya juga sudah boleh dijual. Alhamdulillah.. Dapatlah tambah pendapatan sikit... Pokok-pokok buah ada la juga... manggis, durian, cempedak, ciku... Manggis tengah musim. Durian memang tengah berbuah tapi belum nak gugur lagi so tak dapat la nak merasa. Merasa kedai punya la...

Ah... di mana-mana saja, pasti nak buat action power rangers/ultraman... Kami duk kat depan-depan je tunggu pak alim keluar bawak manggis... nak masuk ke dalam sangat kang makin banyak nyamuk lak.. hehheh...

Isk banyak betul nostalgia kat kebun ni... terutamanya mestilah teringatkan arwah tok... Betapa beliau sangat suka berbudi kepada tanah... dan betul la orang kata kalau kita berbudi kepada tanah, tanah akan berbudi kepada kita... hasil daripada kebun ini jugalah yang membesarkan kami 11 beradik selain dari gaji guru muzik yang dalam rm2k saja masa tu...
Terima kasih kepada pak alim kerana tolong jaga kebun ni...

June 29, 2009

Wanita Ibarat Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripadapohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

p/s: thanks to haslina for forwarding this email...

June 26, 2009

luqman dapat nombor berapa?

Tomorrow morning ada Hari Muzakarah kat sekolah Luqman. Jangan sensitip pulak dengan perkataan 'muzakarah' tu ye... heheh... muzakarah dah tak jadi, mukabalah pun jadi berbalah-balah, unity government pulak buat orang semakin tak united.. hehhe... Sebenarnya dalam bahasa lain ialah hari untuk ambil report card anak-anak. Masa ni lah ibubapa dapat bertanya kepada guru-guru tentang anak masing-masing. Macamana dia kat sekolah.. rajin ke malas ke.. suka tidur dalam kelas ke.. suka tolong cikgu ke.. etc etc... hehheh.. mama pun baru first time la nak merasa ni.. tak sabar rasanya...

This morning, when we were having breakfast...

mama: Esok macamana yek, nak angkut semua ke?
ayah: Ye lah. Abis tu nak letak mana budak-budak nih.
mama: kita pegi awal la bang, boleh cepat balik. hari tu hani kata selalunya lama jugak nak tunggu sorang-sorang parents tu habis. yelah selalu banyak orang nak tanya kan. tak ramai orang queue pun jadi lama juga nak menunggu.
ayah: nak awal pukul berapa? boleh ke? tengok la anak kite berapa orang? heheh..

mama pun senyum je sambil terus menjamah nasi dagang malam tadi yang tak cukup panas selepas dipanaskan pagi tadi.. hehe.. (sorry ayah, makan nasi dagang sejuk pagi tadi... kena ada microwave baru senang sikit.. heheh)

mama: ish.. tak sabar nak pegi esok.. luqman dapat nombor berapa la gaknya periksa hari tu..
luqman: (tengah tarik beg nak keluar pegi sekolah) dah tau dah nombor berapa...
mama & ayah: haaa!! dah tau? nombor berapa?
luqman: no 10.. luqman lupa nak bagi tau...
mama: ya allah... sabor je lah... dah lama ke tau?
luqman: dah lama dah.. tapi luqman lupa...
mama: no 10? ok lah tu... sapa no 1?
luqman: abu
ayah: amni no berapa?
luqman: amni no 2
(amni anak jiran sebelah)
mama: azzam?
luqman: no 14, teruk sikit dari luqman
mama: eh ok la tu dekat je dengan luqman...

pin! pin!

mama: alamak cikgu dah sampai... cepat-cepat luqman...
ayah: ambik je kasut tu pakai dalam van..

isk.. tak sempat nak tanya banyak lagi.. isk isk... sabor je la.. rupanya dah lama tau dapat nombor berapa... memang la awal-awal bila semua paper dah dapat result mama ada juga tanya luqman dapat no berapa tapi asyik tak tau lagi je... after some point mama assume cikgu akan bagitau masa hari report card tu la...

isk.. still shock la... bukan sebab luqman dapat no 10 tapi sebab sebenarnya luqman dah lama tau... har har...

anyway, no 10.. hmmm.. not bad for a first timer... still have room for improvement...

To Luqman, tahniah and keep up the good work!

June 24, 2009

Travelog Haji dan dot dot dot

Alhamdulillah, mama dah selesai baca buku travelog haji.. penulisnya Prof Muhd Kamil Ibrahim .
Mama rasa kalau nak baca ulasan tentang buku ini memang berlambak dalam internet. Tinggal search saja.

Sebenarnya dah banyak kali mama came across this book. Especially kat lobi MTM ni. Everytime cari buku, orang jual buku tu mesti recommend buku Travelog Haji ni. Tapi mama macam tak berminat je sebab kononnya belum nak pegi haji lagi. Tapi selepas membaca ulasan dalam blog Ummusaif, terasa macam menarik pula nak tau isi kandungan buku ini. Lalu terus mama beli kat kedai buku bawah nih. Tapi mungkin ada hikmahnya mama beli lambat sikit sebab sekarang dah ada Edisi Jimat, lebih kecil dan soft cover. Mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana. (Sebelum ni saiz buku agak besar dan hardcover). Dari segi harga mama tak sure la lebih murah atau sama sebab tak check pulak dulu harganya berapa.

Pengajaran? Buku ini selain daripada yang tersuratnya iaitu pengalaman professor mengerjakan haji, sebenarnya banyak yang tersirat... mama belajar tentang penggantungan kepada Allah dalam sesuatu perkara, setiap perkara... walaupun perkara tu nampak kecil... Buku ini juga telah mengajar mama untuk berdoa secara spesifik.

Contohnya... kita selalu berdoa supaya dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan sebagainya... memang bagus, memang patut kita doa begitu selalu tetapi ianya bersifat general... yang lebih elok ialah tambahkan dengan yang spesifik. terus terang mama kata, contohnya bila anak-anak mama demam, mama takde pulak spesifik doa, " Ya allah, sembuhkanlah anak-anakku daripada demam.... " Dalam hati kita memang mengharap supaya mereka cepat baik tapi harapan tu tidak begitu mengharap kepada Allah yang Maha Berkuasa itu... Jika ada masalah di office contohnya, kita cuma tahu mengomel, cakap belakang.. Tapi pernah tak kita doa, " Ya Allah, bukakanlah hati bos ku supaya lebih memahami staffnya..." "Ya Allah, mudahkanlah urusan supaya pihak ITPRC meluluskan kertasku ini esok.." Contohnya la....

Sesuatu berlaku kepada mama hari ini. Sejak company mama melaksanakan sistem Broadbanding, every promotion (exec to manager, manager to agm, etc) akan melalui assessment terlebih dahulu. Sekarang ni memang tengah musim assessment. Since April lagi mama tunggu-tunggu tak dapat panggilan. x-bos mama dulu pun dah risau sebab dia dah menjanjikan.. mama makin risau sebab rasanya assessment period ni dah nak habis dah tapi still belum ada panggilan lagi. Dari dulu lagi dalam hati kata, "Kalau ada rezeki, adalah tu..." Tiba-tiba malam tadi mama teringat buku Travelog Haji ini. Malam tadi selepas solat Isha' mama doa kepada Allah supaya mendapat panggilan untuk assessment ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pemurah... Mama rasa betul-betul Allah makbulkan doa mama tu sebab baru sekejap tadi mama terima email panggilan untuk assessment minggu depan... Alhamdulillah Ya Allah... Subhanallah... Allahu Akbar...

Mungkin ada yang kata kebetulan. Mama tak kisah apa yang orang kata. Tapi inilah yang mama rasa.. Semoga Allah memberkati usaha Prof Muhd Kamil dalam penulisan buku beliau untuk berkongsi cerita dan secara tidak langsung mendidik jiwa saudara seagama.

Lepas ni mama rasa kena carik buku beliau yang satu lagi, Travelog Dakwah pula la... anyway mungkin lambat sikit sebab ayah baru belikan mama buku Iskandar Bukan Zulkarnain dan Yakjuj dan Makjuj - Bencana di Sebalik Gunung (isk tebalnya buku nih.. heheh). Have i said thank you to you, Ayah? Thank you Ayah... :) hehe.. Father's Day, mama pulak yang dapat hadiah... terbalik nih...

June 22, 2009

Selamat Hari Bapa... err.. belated

Happy Fathers' Day to Ayah... sorry takde celebration... cuma dapat wish je.. tu la... orang nak belanja hari ni tak moh.. hehheh..

Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kita... :)


June 19, 2009

bahasa jiwa bangsa

aha... bukan nak sembang pasai PPSMI.. no no no.... Sebenarnya terdetik untuk mama bercerita sedikit tentang bahasa ni bila semalam dengar hot fm bersama Dato' Mahathir Lokman. Beliau pandai bercakap dalam 7 bahasa! Antaranya French, Italian, Spannish...

Bukan nak cerita apa... cuma nak cerita pengalaman mama. Jangan tak percaya, mama pun boleh speaking dalam banyak bahasa tau.. Kalau kira-kira tu adalah dalam 6 bahasa... hehhe... tak jauh kalah la daripada Mahathir Lokman tu. Bahasa apa? hmmm.. cuba kira... Bahasa Melayu (mestilah kan), English (of course la kan), Jawa (hehe), Arab (sikit-sikit), French & Spannish... Ngape? Tak percaya? Cuba cakap sikit?

Bonjour! Comment ca va? Je vais bien, merci. J'espere que tu vas bien aussi. Mon nom est Syariza. Je suis Malaisienne. Je parle un peu francais. Au revoir!

itu cakap francais... cuba cakap espanol pulak...

Buenos diaz! Me llamo Syariza. Yo soy malaisienne. hmm... tengo hambre...

isk... struggle jugak mama nak ingat espanol ni... bahasa arab pulak? itu kire biasalah kaifa haluka... ismi Syariza...

Sejarahnya.... dulu masa sekolah rendah kan pergi sekolah agama belajar bahasa arab... yang paling diingati ialah 'jumjumatun = tengkorak" heheh... now ni memang banyak dah lupa... kadang tu rasa teruk jugak.. padahal tiap-tiap hari kite berbahasa arab kan.. tapi sampai sekarang tak pandai nak cakap arab... basic tu boleh la sikit-sikit... tapi since luqman sekolah ni (dia pun ada subject arab jugak).. mama pun belajar-belajar la jugak.. ingat lah balik... ayah pun siap beli buku belajar bahasa arab.. bukan untuk luqman tapi untuk kitorang... tapi baru buku 1 tu pun tak gerak-gerak.. hehheh...

Masa kat STF dulu mama ambik French... masa tu belajar dengan Mademoiselle Fatimah... huuu... garang tu.. lepas tu mama dapat pan pal from France.. Marie Vezin.. bila tulis surat tulis dalam french... tapi campur la jugak.. hehhe... lama gak get in touch dengan Marie ni.. sampai mama gi UK pun still correspond lagi.. cuma tak jumpa je.. tapi sekarang ni memang dah lost contact la.. unless kalau mama dapat cari balik alamat dia..

Then masa kat UK 3rd year ada option untuk ambil language.. so ambil la spannish pulak.. tapi frankly speaking la.. mama rasa mama lebih ingat french daripada spannish.. tak tau kenapa... padahal kalau ikutkan sebenarnya french lagi susah sebab pronounciation dia bukan calang-calang orang boleh sebut.. hehheh.. kalau spannish tu straight forward je macam bahasa baku.. tu sebab ayat kat atas tu tak panjang.. hehehh.. sebab tak ingat sangat..

bahasa-bahasa lain.. hmmm.. tak payah cerita la ye... bahasa jawa itu memang bahasa keturunanku... cumanya mama ni dah jawa cair dah... heheh... ngomong jowo pun sitik-sitik wae... (cakap jawa pun sikit-sikit je)..

habis lah cerita pasal bahasa jiwa bangsa...

June 15, 2009

BF - not boyfriend la.. breastfeeding..

at last...
mama have decided to stop pumping session in the office because..

- new job function - more time demanding... meetinggssss saje... so selalunya cuma sempat pump sekali (lunch time)..
- daily output has decreased only 4-5 Oz (1 bottle) sometime even less.. sometimes rasa macam buat penat je tapi hasilnya tak seberapa... hihi
- mek eli dah merisik-risik pam tu untuk her coming soon baby... nak pinjam..

so this means...
- no more 2-3 bags bawak pegi opis... handbag lagi.. bag laptop lagi.. bag pump lagi... sampai orang selalu tegur... "projector pun u bawak balik ke?" hehheh... diorang tak tau apa sebenarnya dalam tu and betapa berharganya gadjet yang mama bawak tu...
-raihana fully on formula during the day... but don't worry, she still can have it at night...
- mama tak perlu jaga makan lagi... well, what i mean is... tak semestinya makan nasi during lunch... tak semestinya kena minum air masak bergelen-gelen to maintain milk supply...
- increase in formula milk cost... to make things worse, milo has stopped producing milo junior! cam apa je hari tu kat jusco termenung depan susu-susu formula.. apa nak beli untuk budak2 nih... last-last ambil sustagen... nasib baik the kids semua ok. tapi in terms of cost, quite double la jugak compared to milo junior..
- dah bagi spectra pump kat mek eli... eh.. bagi pinjam... manalah tau kan nanti ada lagi.. heheh... berjasa tu... since 2005 sampai sekarang tak pernah buat hal pun...
- mama kehilangan dedicated reading time... selalunya masa pumping session la mama boleh guna untuk membaca... tak kisahla baca buku cerita ke.. buku ilmiah ke.. buku motivasi ke.. buku sejarah ke.. majalah anis ke... ma'thurat ke... pulaknya sekarang ni dah ada booth jual buku kat lobby tu so memang selalulah membeli... now ni ada satu buku mama baru beli... Travelog Haji... tak tersentuh lagi... bila nak baca ek?

anyway, now raihana dah 1 year 9 months, so another 3 months to go insya allah... alhamdulillah raihana fully on breastmilk until 1 year plus sikit... dulu imran pun sampai 1 year plus tapi terus stop sebab dia dah tak nak... maybe sebab masa tu start pregnantkan raihana.. bibik kata air susu dah tak sedap.. orang jawa kata 'anyep'... har har...

hmm... sekarang ni kadang terasa janggal pulak pegi opis melenggang dengan handbag je...

June 09, 2009

To do or not to do

Case 1:

Ex-colleague: Hello, Syariza
Me: Iye...
Ex-colleage: camana, you interested tak nak masuk my team?
Me: Hmmmm...

(actually we have already sembang-sembang about this before,, mama yang merisik-risik tempat dia ada kosong tak... :))

Me: keje buat apa ek?
Ex-colleague: lebih kurang macam system admin untuk EAI, Siebel..
Me: macam operation ke?
Ex-colleage: tak la.. sekarang baru development... 4-5 years lagi baru handover ke operation.

(I am not sure.. but mama memang currently meronta-ronta nak melepaskan diri dari keje sekarang... huhu... done a few attempts already, but not materialised)

Ex-colleague: nanti i cuba talked to Izhan to put your name...
Me: Abis tu on my side, kena minta release from GM ke apa ke?
Ex-colleague: Tak payah la sebab still within GIT..
Me: Ye ker...
Ex-colleague: you buat apa sekarang?
Me: sekarang buat account management la... jaga customer...
Ex-colleague: eiii... boringnya...
Me: (huhu.. )
Ex-colleague: takpe i'll talk to izhan first and then tengok macamana...
Me: ok, anything you update me la...
Ex-colleague: ok...

hmmm... adakah mama sudah bersedia untuk bertukar angin? adakah mama sudah bersedia untuk menceburkan diri dalam project? mama dah buat Service Mgmt for almost 4 years, don't you think it's time to do new things? adakah mama sudah bersedia untuk balik lewat untuk mengejar project deadline?

hmmm... banyak persoalan... nanti kena buat istikharah ni...

Case 2

Promoter: Adik nak sambung belajar dik... but MBA..
Me: (macam menarik je... drop by la kejap kat booth ni). UUM? jauh ni nanti class semua kat mana?
Promoter: Kita buat kat sini je dik, kat KL. kita Angkasa Training Center, UUM punye authorised learning center.
Me: ye la.. class kat mana?
Promoter: kat kajang..
Me: kat kajang? (hehe.. menarik ni..) kat mana?
Promoter: Kat Jalan Bukit, adik biasa ke area kajang?
Me: saya duduk kajang.. sg chua.. (Jalan bukit nih tempat ayah bukak pondok panas tahun lepas nih... dekat je tu)
Promoter: haa.. ok lah tu... class kita buat alternate weekends saja.. bukan every weekends.. the program is 2 years.. yang paling orang suka pasal our programme is tak ada thesis... evaluation semua based on exam and coursework. orang tak ada masa la nak buat thesis dik..
Me: Hmmm... menarik ni... Cost berapa cost?
Promoter: total untuk 2 tahun RM19,800. Tapi bukanlah bayar lump sum. Bayar ikut semester. Adik boleh withdraw EPF ataupun minta loan TM. PTPTN pun boleh..
Me: oklah bagi brochure nanti saya tengok dulu...

Menarik juga... setelah agak kecewa dengan khazanah scholarship interview hari tu yang tak ada khabar berita sampai sekarang.. hheheh... (maknanya tak dapat la tu... ini satu lagi budaya kita... apa salahnya kalau memang tak dapat tu bagitau je lah... bukan susah pun, just an email away... ni biar je orang meneka dalam kesamaran)..

hmm... disebabkan momentum hari tu masih ada, tu yang rasa berminat je... tapi banyak bende juga kena fikir...

adakah mama sudah bersedia untuk kehilangan 2 weekends sebulan untuk pergi lecture? (the class is every alternate weekends(sat and sun)). Adakah mama sudah bersedia untuk bersengkang mata menyiapkan assignment atau study untuk exam? adakah mama bersedia untuk memerah otak yang sudah agak berkarat ini? adakah mama sudah bersedia untuk meninggalkan the kids and ayah during that alternate weekends? in terms of location mama rasa sudah cukup cantik.. dalam 10-15 minit boleh sampai... agak-agak boleh dapat tak scholarship TM?

huh... banyak kena fikir..

esok nak ambik borang... ambik je dulu... hheheh... the intake will be in Sept... the offer letter will be in August... so after dapat offer letter baru boleh nak apply scholarship yayasan TM... kalau dapat offer letter la...

huhu... banyak nak kena fikir... nanti kena buat istikharah nih..

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan... amin...


Tangan yang menghulur...

Tangan siapakah yang sedang hendak bersalam dengan YB Nizar ini?

Ye betul... tangan ayah....!

Huhu frustnya nampak tangan je... hehhehe... photographer pun kalau ye pun bagi chance la nampak muka...

June 05, 2009

cerita cuti sekolah

bermula dengan raihana kena chickenpox... inilah rupanya...
alhamdulillah dah banyak yang kering.. ada 1-2 je lagi yang tak kering betul.. hmmm... tak bernasib baik la cuti kali ni budak-budak tak dapat nak bercuti ke mana-mana. kalau tak, boleh ikut ayah outstation gi Penang.. huhu... nak balik kampung pun takut jangkit dengan geng kampung.. so terpaksalah kita bercuti di rumah je...

aktiviti kat rumah... hehhe.. memang la pening kepala mama nak monitor 5 orang nih.. budak-budak ni pun kadang-kadang rajin.. kadang-kadang malas... biasalah nama pun budak-budak..

kalau tengah malas, satu hari tak berganjak daripada depan tv... sapa lagi.. humaira maisara la...

kalau tengah rajin, luqman tolong angkat baju dah kering kat belakang... hehhe.. boleh tahan jugak anak bujang sorang nih...
bila petang, riuh la rumah dengan kawan-kawan luqman datang main kat rumah...
gambar sebelum... elok je basikal tersusun kat tepi..
bila kawan-kawan datang... main basikal... main bola... main lawan-lawan... kawan-kawan luqman yang selalu datang... azam, zahin, afiq.. kengkadang daniel, nikman dan mikdad..

tapi ada masanya rajin juga belajar.. pagi-pagi pergi juga addin untuk mengaji.. kejap je 9 sampai 10... cuma imran selalu ponteng sebab tak boleh bangun pagi... memang mencabar betul nak kejut imran pagi-pagi... macam pagi ni...
ni gambo pagi tadi imran n raihana tengah breakfast... ingat nak mms kat ayah nak tunjuk tengah makan mi.. tapi tak lepas lak.. tak tau kenapa...
raihana pun rajin baca buku juga... eh ni bukan gambar posing tau... betul-betul punye ni mama candid...
activity mama? walaupun dok kat rumah tapi kerap jugak online and jawab email-email yang penting... so kire work from home jugak lah... bila terlebih rajin sempat jugaklah buat kuih... samosa..

first time buat and buat resepi sendiri.. hehheh.... the kids kata sedap... ayah pun kata sedap.. boleh buat bisnes nih.. hehehh.. perasan...
semalam beli gula merah ingatkan nak buat kuih buah melaka tapi tak sampai seru lagi nak buat... hehheh...
hmmm... cuti dah nak abis ni... next week dah start keje balik... malas la pulak... and the kids pun tamatlah sudah masa nak enjoy kat rumah ye... next week kena dok taska... kesian juga... tapi apa boleh buat...


May 28, 2009

saya ayam pok pok pok pok pok...

History of Chickenpox

Chickenpox was first identified by the Persian physician, Muhammad ibn Zakariya ar-Razi (865–925), known to the West as "Rhazes", who clearly distinguished it from smallpox and measles.[23] Giovanni Filippo (1510–1580) of Palermo later provided a more detailed description of varicella (chickenpox). Subsequently in the 1600s, an English physician named Richard Morton described what he thought a mild form of smallpox as "chicken pox". Later, in 1767, a physician named William Heberden, also from England, was the first physician to clearly demonstrate that chickenpox was different from smallpox. However, it is believed the name chickenpox was commonly used in earlier centuries before doctors identified the disease.

There are many explanations offered for the origin of the name chickenpox:

- Persian name: "آبله مرغان" literally means chickens (birds) pox;
-
Samuel Johnson suggested that the disease was "less dangerous", thus a "chicken" version of the pox;
- the specks that appear looked as though the skin was pecked by chickens;
- the disease was named after
chick peas, from a supposed similarity in size of the seed to the lesions;
- the term reflects a corruption of the Old English word giccin, which meant itching.

As "pox" also means curse, in medieval times some believed it was a plague brought on to curse children by the use of black magic.

During the medieval era, oatmeal was discovered to soothe the sores, and oatmeal baths are today still commonly given to relieve itching.

--------------------------------------------------

eh, kenapa mama cerita pasal chickenpox ni? hmmm... baru je sebut-sebut pasal kuarantin minggu lepas kan.. rupanya memang nak kena kuarantin betul... raihana kene chickenpox! aduh... baru perasan semalam. tu pun cikgu yang bagitau. sebenarnya malam sebelum tu mama perasan macam ada rashes kat punggung dia. mama ingatkan rashes biasa je mama sapu la ubat putih tu.. rupa-rupanya chicken pox... so sebenarnya dah lama jugak la kenanya.. malam tadi tengok kat punggung dia dah kering dah.. hehehe.. tapi ada naik yang baru kat tempat lain la...

so, apakah makna semua ini? ini bermakna mama akan bercuti panjang la minggu depan.. yuuhoooo!! nasib baik ayah tengah kerje malam minggu ni so boleh la jaga raihana di siang hari.. tapi kesian jugak kat ayah tak boleh nak qadha' tidur..

actually mama tak sedap jugak nak cuti lama minggu depan ni. Pertama, sebab last week pun mama dah banyak ambil urgent leave. in fact last week mama masuk opis satu hari je. selebihnya cuti dan training. Yang keduanya, sebab baru tukar portfolio ni ada banyak bende kena belajar dan banyak meeting kena organise dan attend. Sekarang ni kena support Product so tau je lah product ni selalunya very fast. sekarang ni je in hand dah ada 4-5 yang semuanya nak launch 1st July... Ketiganya, memang tak bagus la nak bagi impression kat boss baru... nampak macam kite ni asyik amik urgent leave je... (hehhe.. baru je hari tu puji boss baru... ) boss takdelah cakap apa tapi kite la yang rasa tak sedap.. dah la bos kesuntukan masa nak mencurahkan segala ilmu sebab dia dah nak pencen bulan 8 nih... isk dilema.. dilema... saat-saat macam ni la terasa betapa perlunya perkhidmatan seorang maid.. hehhe..
Anyway, that is not the end of the world. The good thing ialah next week start cuti sekolah. So ramai orang cuti. So mama pun join the club la. And so ada la alasan untuk mama postpone certain meeting tu.. hehheh..

Anyway (lagi), nasib baik la yang lain-lain semua dah kena dah dulu. so takdelah mama risau nak menjangkit yang lain-lain...

hmm... kesian raihana. tapi yang peliknya dia tak demam pun. malah tetap aktif seperti biasa. tu yang ayah tak larat nak layan tu... hehheh..

Moga Raihana cepat sembuh...

May 26, 2009

alahai anak omak

timang tinggi-tinggi

sampai cucur atap

baru tumbuh gigi

dah pandai baca kitab

May 22, 2009

Minggu Tidak Kesihatan - updated

Isnin - Humaira demam. Mama urgent leave. Lagipun hari ni kat opis tak ada pape.

Selasa - Humaira dah ok sikit. walaupun belum recover 100%. tapi mama ada meeting pulak hari ni. So terpaksa jugak hantar pegi sekolah.

Rabu - Mama pegi training kat MMC.

Khamis - Maisara pulak demam.. hmmm... bawak pegi klinik.. mama patutnya training lagi tapi sebab dah macam ni terpaksalah mama urgent leave lagi...

Jumaat - Malam tadi mama sakit perut. Teruk punya.. muntah-muntah, buang-buang air.. dari pukul 11 sampai kul 3 pagi baru boleh tidur. Flat abis.. sampai dah takde apa nak muntah dah.. tapi memang sakit betul.. sakit macam nak bersalin... so pagi ni mc la mama. nak dijadikan cerita, ayah pun demam jugak balik kerja semalam.. dan nak dijadikan cerita satu lagi, humaira demam balik.. maisara pulak belum baik lagi... so hari ni rumah ni dah jadi macam sick bay pulak...


oh horrornya hari ni...

semoga semuanya cepat baik... amin..

---------------------------------------

sambung lagi...

isnin - imran pulak demam... huhu... cuti panjang mama nampaknya...


Memang sebenarnya dah lama mereka ni tak demam. So sekarang tinggal Luqman dan Raihana je yang masih bertahan.

Takpe.. sakit tu kan salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kecil kita.. hmmm... anak-anak kecil mana ada dosa lagi kan... maknanya untuk hapuskan dosa-dosa kecil mama ayah dia la ni...

Masa ni la juga pentingnya mempunyai seorang bos yang understanding... thank you boss baru...

Semoga imran cepat sembuh...

p/s - Selamat Pengantin Baru to my ex-opismate, Rodi... sorrylah tak dapat datang kenduri hari Sabtu lepas... hajat di hati memang nak pegi lagipun dekat banget dengan rumah.. tapi almaklumlah minggu tidak kesihatan nih.. kena kuarantin kat rumah...

May 21, 2009

ala senang je...

tiap-tiap hari lepas balik sekolah...

mama: Luqman, macamana tadi exam boleh jawab tak?
Luqman: ala senang aje...

memang tiap-tiap hari jawapannya standard, " senang je... ". Kalau memang luqman rasa senang je jawab ye Alhamdulillah....

Hari tu Amni (anak jiran sebelah yang sama class dengan Luqman) main-main kat depan rumah. Mama tanya dia soalan yang sama... Amni kata, " Sains senang tapi Bahasa Melayu tak senang sangat..." Hmm... musykil pulak mama... sebabnya Amni ni memang la terrer sikit.. almaklumlah perempuan kan rajin sikit.. betul ke Luqman nih?

Semalam dapat result Sains.. 89%... la... Luqman kata senang je? luqman salah dalam 4-5 soalan gitu... antara soalan yang mama ingat..

How many legs do you have?

La... kenapa luqman tak jawab yang ni kan senang je? luqman diam je... mesti dia tak faham soalan nih... mula la ni mama nak marah dekat PPSMI... huhu..

satu lagi soalan...

Which one is not a good habit?

Mama memang risau pada this type of question... 'NOT', EXCEPT.. mama rasa at their age, they are still confuse... apa lagi dalam English... in my opinion, the question should be designed with the intention to educate them not to trick them...

Mama just hope for the best for the rest of the paper... today is the last day of exam... tomorrow merdeka la...

May 18, 2009

Luqman's first exam

Today is the start for Luqman's first semester exam.

18/05/09 - BM1, BM2, Science
19/05/09 - Maths 1, Maths 2, AlQuran
20/05/09 - English1, English2, Pendidikan Teras Islam
21/05/09 - Bahasa Arab, Jawi

Wah suspen jugak.. bertungkus lumus nak mengajar luqman cara untuk mengulangkaji. Siap bawak kawan balik rumah buat 'study group'. cewah... ye ye je.. Azam dan Zahin memang teman sepermainan Luqman. Tapi sebenarnya banyak lagi main daripada studynya... last-last kena jugaklah mama study sama-sama dengan luqman.

Sebenarnya mama pun tak sure macamana nak ajar luqman untuk ulangkaji. Suruh baca je macam takde kesan je. So mama buat quiz style.. main teka-teka... tapi untuk Bahasa Melayu memang tricky sikit la. Dah la cikgu tak bagi balik buku latihan. Mama tengok buku teks tu tak tau nak ajar macamana. Mama cuba jelah ajar luqman mengikut pemahaman mama sendiri. Harapnya hari ni luqman boleh jawab semua soalan.

Kalau ikut style ulangkaji macam ni (mama study bersama luqman-macam tuisyen), memang mama kena spend time lebih sikit la. Sekarang ni ok lagi sebab sylibus belum banyak lagi. Next time nak kena prepare jugaklah macamana nak preparekan luqman untuk exam. Anak nak exam, mak ayah pulak kena prepare ye... hehheh...

Ya Allah, mudahkanlah Luqman memahami soalan dalam peperiksaannya..
Ya Allah, mudahkanlah Luqman menjawab soalan dalam peperiksaannya..
Ya Allah, kuatkanlah ingatan Luqman, berilah ilham kepadanya...
Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada Luqman dalam peperiksaannya kali ini..
Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin....

May 15, 2009

cerita ceriti...

hari ni mama cuti. ada apa? sebab nak menguruskan pendaftaran sekolah humaira dan maisara. pagi-pagi lagi dah bertolak ke SERI Abim, ambil borang, then balik rumah isi mana yang patut. salinan surat beranak memang mama dah sediakan semalam. borangnya sempoi je. tak perlu pun salinan ic mak bapak. rasanya kalau untuk sekolah kebangsaan memang kena, siap mintak slip gaji lagi. (ingat dulu masa nak daftar luqman sekolah leftenan adnan- macam-macam mintaknya). Yang ni cuma kena isi borang, sertakan salinan surat beranak. tapi kena dapat pengesahan daripada tadika sekarang. tu yang tadi pegi addin kejap mintak pengesahan cikgu niza. lepas tu pegi balik seri abim untuk submit borang. nasib baik sekolah tak jauh sangat. tapi nanti katanya dia akan panggil untuk ujian kemasukan... wa.. dulu luqman takde pun... agaknya ramai sangat nak masuk kot tak cukup tempat.

lepas selesai semua urusan, merondalah mama ke jusco.. yuhooo...

balik rumah kul 2... tido... zzzz....

May 12, 2009

Perak MB - Now you see it, now you don't! kejap cerah kejap gelap kejap cerah kejap gelap

Nizar, exconya pula kosongkan pejabat

wah.. apa sudah jadi? dulu Ir Nizar, hari tu Dr Zambry, semalam Ir Nizar, petang ni Dr Zambry.... aduh... kami sudah jadi pening!!

Please la Sultan... you can do it!!

May 08, 2009

DUN Perak: Chaotic Rendevouz

Satu dunia menyaksikan drama swasta dalam DUN Perak semalam. Mama juga mengikuti perkembangan secara 'live' dari blog Adun Titi Serong yang berada di dalam Dewan yang mulia itu.

Cuma mama pelik dengan institusi kesultanan Perak. Adakah mereka tidak merasa apa-apa dengan krisis yang berlaku sekarang? Yang peliknya, semasa Raja Nazrin bertitah semalam pun tiada langsung menyentuh perkara yang sedang berlaku di depan mata. Apakah mereka ini robot, atau boneka atau apa? Cuma boleh baca teks yang telah disediakan. Sungguh lurus bendul mengikut apa yang telah diprogramkan untuk mereka. Tak ada perasaankah mereka ini? Pelik bin ajaib. Lebih-lebih lagi kesultanan Perak memang terkenal dengan keintelektualannya.

Mama sungguh teringin nak tahu apa yang ada dalam fikiran Raja Nazrin sekarang ini. Apakah beliau hanya menurut kehendak ayahandanya yang menurut kehendak pihak yang berkenaan. Mama yakin dalam jiwa Raja Nazrin sekarang penuh dengan pemberontakan namun terbatas dek protokol yang tertentu.

Tiba-tiba mama teringat kisah Braveheart. Putera Scotland pada waktu itu, sangat ingin bekerjasama dengan William Wallace (Mel Gibson) untuk memerdekakan Scotland daripada cengkaman England. Raja Scotland pada waktu itu sudah sangat uzur namun masih berkuasa dan sentiasa meracuni fikiran puteranya. Raja Scotland ingin anaknya menyerah kepada England kerana ganjaran yang ditawarkan. Namun Putera Scotland masih ada sekelumit perasaan menyintai tanahairnya dan ingin mempertahankannya selepas dipujuk oleh Wallace. Satu masa Putera Scotland telah berpakat dengan Wallace untuk berperang dengan askar England namun ayahandanya berjaya membuatkan anaknya menukar rancangan (berpaling tadah). Kekesalan jelas terpancar pada Putera Scotland apabila ramai rakyat Scotland mati mempertahankan tanah air tanpa bantuan askar scotland sendiri. Lalu selepas itu beliau nekad untuk menderhaka kepada ayahandanya dan sekali lagi ingin berpakat dengan William Wallace. Namun rancangannya diketahui oleh ayahandanya. Lalu menyebabkan berjayanya penangkapan ke atas Wallace yang membawa kepada kematiannya di tangan algojo.

Apakah ini juga sedang berlaku di Perak?

I don't know...

Sesungguhnya yang hak itu tetap akan menang, yang batil tetap akan kalah...

Kepada Sultan Perak kami merayu... Kembalikanlah hak kepada yang berhak....

BUBARKAN DUN PERAK!

ah... apalah agaknya kesudahan di Perak ini nanti....

Happy Birthday to me..

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to mama
Happy birthday to me...

yang ke... errr... 31!

oh i'm getting old...! and wiser, i hope...

May 07, 2009

Happy Birthday to you... 07052009

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Ayah...
Happy Birthday to you...

We celebrate ayah's birthday at Wendy's...


aik takkan makan salad je... diet ke...
hhehheh
ini baru starter...
nyum.. nyum...
huhu.. kenyangnye... :) errk... sepatutnya sapa belanja ni.. ayah ke mama? heheh...
yang bestnya birthday card boleh pulak tertinggal kat opis... hehheh... nanti balik mama bagi yek..
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan berkati kehidupan kita...
Semoga kasih kita berkekalan selama-lamanya.. hingga ke syurga... :)

May 06, 2009

bila balik kampung....

bila balik kampung...
main keliling rumah sudah semestinya...
tak sempat nak duduk rumah...
tak sempat nak makan...
pukul 7 pagi dah bergayut bawah pokok rambai...
lagaknya macam orang jakun... hehhehe...
balik kl makin gelap la anak mama...


bila malam tak puas lagi main tu..
mula dicari mainan indoor pulak...
sungguh kreatif mereka ini...
permainan di bawah ini memang agak lasak...
setiap sorang akan pegang satu bantal kusyen..
kemudian beratur...
lepas tu sorang-sorang lari dan dive atas tilam...
diikuti yang lain...
akhirnya jadi macam sandwich...
yang penting paling depan/bawah ialah luqman...
kalau imran memang tak bagi...
abih nanti penyek...
memang la gamat...
nenek pun tak tau dah nak cakap apa...


May 05, 2009

Selsema.. tuut.. - Influenza A(H1N1)

Macam-macam penyakit la sekarang ni. Dulu selsema burung, sekarang selsema khinzir pulak. Kenapa dulu-dulu tak ada pulak dengar manusia terjangkit selsema dari binatang? Zaman moden ni macam-macam pulak. Siapa ada bela binatang seperti burung, kucing, ikan, hamster dan lain-lain sila pastikan bila mereka selsema, cepat-cepat la bawak pegi jumpa doktor bagi ubat selsema ye. Jangan biarkan dia sampai menjangkit kat kita, ok.. Nanti kan tak pasal-pasal kita kena selsema kucing pulak... hehhehe...

Apakah tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia?
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?
Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Jika anda batuk atau bersin:
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A(H1N1).

----------------------------------------------------------------------

Mama tengah selsema ni. Tapi insya allah bukan selsema seperti di atas. Boleh balik duduk kat rumah tak? hehehhe...

April 30, 2009

Dilema anak kembar

"bestnya dapat twins... tak payah beranak banyak kali..."

Seringkali itulah ungkapan yang mama terima bila mama kata ada anak kembar. Alhamdulillah, rezeki Allah itu memang tidak dijangka. Namun mama rasa bukan semua orang mampu untuk menjaga anak kembar yang mana kerenahnya terutama semasa bayi adalah kali dua daripada biasa! Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya...
Teringat lagi dulu, balik balik dari kerja, kedua-duanya berebut untuk menyusu. Mama terpaksalah berlatih untuk menyusukan mereka secara serentak. Tapi kalau waktu malam tu jarang jugalah dua-dua nak menyusu serentak. Tapi bila sorang bangun sorang tidur, bila yang ni tidur, sorang lagi pulak bangun. Akhirnya mama juga lah yang tak tidur.. Kalau ayah bangun pun sekadar tengok je la, bukan boleh buat apa pun.. sekadar meneman eloklah ayah tidur saja...

Kalau nak balik kampung, macamana agaknya kedudukan dalam kereta? Siapa nak tolong pegang baby ni? Maid mana ada? Apa yang kami buat, Luqman (masa tu baru setahun lebih sikit) akan duduk di depan. Mama and the twins duduk belakang. Sorang baby mama pangku, sorang lagi dalam bakul baby. Cabaran yang paling besar, seperti biasa, ialah bila tiba waktu nak menyusu. Bila sorang dah selesai, kena la swap pulak. Macamana nak tukar tempat ni? ah.. sebenarnya mama pun dah tak ingat dah. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu, insya allah apa saja boleh buat..




Cepat sungguh masa berlalu. Sekarang ni sudah besar dah anak dara mama dua orang ni. Dah pandai tolong mama kemas rumah, basuh baju, jaga raihana. Belajar pun pandai. Dua-dua dah pandai membaca, mengira, menulis, melukis, mewarna. Mengaji pun dua-dua dah al-Quran... alhamdulillah... anak mama bijak-bijak semua ye...
Namun ada satu dilema yang melanda mama kebelakangan ini. Antara keduanya memang nampak Maisara lebih 'advance' daripada Humaira. Kalau mengaji dia dah jauh meninggalkan Humaira. Kalau masuk pertandingan mewarna, dialah yang dapat hadiah. Kalau Humaira dapat pun selalunya di belakang Maisara. Konvo addin yang lepas, Maisara dapat 2 anugerah, Humaira dapat satu je anugerah. Dan ada beberapa perkara lagi lah... Nanti Humaira akan merengek minta hadiah macam Maisara... Buat masa ni mungkin yang diirikan cuma hadiah. Tapi bila semakin besar nanti, mama takut ianya akan buat Humaira rasa merendah diri pula. Itu yang mama membimbangkan.
Apa yang perlu kami buat untuk memastikannya tidak berlaku?
Tahun depan, mereka akan masuk darjah 1. Mama bimbang jurangnya semakin jauh...
Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa untuk mengenalpasti potensi diri anak-anak mereka. Sekiranya anak itu nampak cenderung kepada sesuatu perkara, ibu bapa harus menggalakkan dan beri bantuan mana yang boleh supaya minat, kecenderungan dan kebolehan anak-anak itu diasah dan disuburkan lagi. Insya Allah hasilnya pasti memuaskan. Namun perlu pastikan yang kecenderungan itu adalah ke arah yang baik, bukan sebaliknya. Sekiranya sebaliknya, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal dan memberi kesedaran kepada anak-anak tersebut secara berhikmah.
Easier said than done..
Mama dan ayah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Humaira dan Maisara.
Allah jua tempat mengharap...

April 27, 2009

Ain Maisara appearing at Pesta Buku III - Photos


sebelum pertandingan bermula... senyap je maisara... bergambar dengan cikgu-cikgu semua. actually yang line belakang satu lagi tu pun cikgu-cikgu juga...


penyokong kuat.. mula-mula duduk barisan depan. lepas tu duduk kat kerusi VIP (sebelah juri tu.. ) selamba je.. last-last sampai duduk kat tangga pentas... isk isk...


berdebar menunggu giliran... hmm.. tak menunggu pun sebab giliran pertama..


"Cip, cip, cip..." Maisara mula membaca...
Tempat ke-2 dimenangi oleh.... Ain Maisara bt Abdullah... yeaa....


bergambar dengan para pemenang yang lain..
bergambar dengan cikgu-cikgu... eh Ain Humaira pun ada terselit sekali? hehhe... oklah tu...


AIn Maisara appearing at Pesta Buku II

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...

Seawal 7.30pagi lagi Maisara dengan ditemani oleh Humaira dan Luqman telah berangkat ke PWTC bersama cikgu-cikgu AdDin. Kami lambat sikit sebab menyelesaikan beberapa kerja rumah dulu. Lagipun Raihana dan Imran memang la late riser... tak macam kakak abangnya.

Maisara dapat giliran no. 1! Sebab daftar yang pertama... wah sapa yang nerveous ni, mama ke maisara? hehheh.. Namun Maisara telah berjaya menunjukkan kehebatannya membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Kami berpuashati dengan persembahannya.

Bila peserta kedua pergi ke mic dan mula membuka mulut... alamak.. kalah la maisara macam ni! Seperti Maisara, beliau membaca dengan jelas, lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang betul. Tapi extra lagi dengan ekspresi yang seperti orang masuk pertandingan bercerita... Fuh.. kami mula mengesat peluh.. hehehe...

Peserta bertukar peserta... akhirnya peserta ke-12 adalah yang terakhir...

Satu perkara yang penting, bukan mudah untuk anak kecil ini memberanikan diri untuk beraksi di khalayak ramai, di atas pentas. For that, mama gives Maisara thumbs up! dah la dapat giliran first. Ada dua orang peserta semalam yang apabila namanya dipanggil, tidak mahu ke depan. Menangis-nangis apabila di pujuk mak ayah. Ada yang ayah kena naik atas pentas sekali, duduk kat riba ayah, tapi in the end tak mahu juga. Jadi sebenarnya pertandingan ini bukan sekadar menguji pembacaan, tetapi juga tahap keyakinan dan keberanian anak-anak kita.

Tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. jeng jeng jeng..

Keputusannya... Maisara berjaya mendapat tempat ke-2. Tahniah.. tahniah... Alhamdulillah... sebenarnya dah agak dah. Tempat pertama ialah peserta kedua tadi.

Seorang lagi wakil Addin untuk kategori 4-5 tahun, Khairul Naimi pun dapat tempat ke-2 juga. Tahniah.. tahniah...

Terima kasih kepada cikgu-cikgu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Addin, Taman Sutera, Kajang yang telah beramai-ramai datang memberi semangat semalam. Semua cikgu addin ikut semalam.. Mama juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana telah mendidik, mengajar dan melatih anak-anak kami membaca, mengira, mengaji dan juga yang paling penting ialah didikan asas-asas islam seperti tauhid, akhlak mulia, hadis, qiraati dan sebagainya secara teori dan juga praktikal. Bertuah rasanya ada tadika yang macam ni di Tmn Sutera. Jasa guru-guru semua amatlah kami hargai.

Gambar pertandingan akan menyusul kemudian....

April 23, 2009

Ain Maisara - appearing at Pesta Buku - 26th Apr 2009

Alhamdulillah... Maisara telah terpilih untuk mewakili Tadika Addin untuk pertandingan Membaca Buku Bahasa Melayu kategori 6 tahun sempena Pesta Buku di PWTC Ahad ini 26 April pukul 10.30pagi. Pertandingan akan diadakan di pentas utama PWTC.

Wah... kami yang excited/nerveous sebenarnya. Dia relax je. Bila disuruh praktis kat rumah,

"kat sekolah tadi 'kite' dah berlatih la dengan cikgu... "

(Anak-anak kami ni memang membahasakan diri mereka 'kite' dengan ayah mama dia ni... kecuali luqman... ikut genetic mama dia kot.. hehhehe...)

Confuse jugak macamana lagak gaya pertandingan ni. Tapi mama dah tanya cikgu dah. Nanti setiap peserta akan diberikan satu petikan. Kemudian peserta perlu membaca petikan tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Contohnya kalau noktah, koma, tanda seruan atau tanda soalan mestilah digayakan dengan intonasi yang betul. Sebutan pula, contohnya 'kakak'.. 'k' yang hujung tu perlu dibunyikan juga... macam qalqalah la lebih kurang. Satu lagi perlu menyebut dengan sebutan baku. Rasanya insya allah Maisara tak ada masalah kot. Cuma satu mungkin kelemahan yang perlu diperbaiki ialah noktah. Maisara ni selalu 'larong' je... laju je baca sampai terlupa nak stop.

So best of luck to Maisara... mama doakan Maisara berjaya dalam pertandingan ni nanti.. Siapa nak tengok Maisara in action, jom lah datang beramai-ramai. Sambil tu boleh la round2 pesta buku tu.. Cuma hopefully tak crowded sangat hari tu. Almaklumlah dah last day.

April 22, 2009

JCARD Sale Jusco Cheras Selatan

wah... tak tau kenapa bersemangat sangat mama kali ni. siap ambik cuti lagi... orang lain ambik cuti sebab nak pegi pesta buku.. mama ambik cuti sebab nak pegi shopping jcard member's day.. har har har..

bukannya apa.. kalau jcard ni memang la discount 70%-80%... cadangnya nak cari baju raya budak-budak... see... bukan untuk mama.. untuk budak-budak.. hehehhe.. nak cover la ni...

yea yea.. tak sabar nak cuti esok..

April 20, 2009

Aimee Marissa and long 'not lost' friends..

Aimee Marissa... sedap nama anak Wan.. heheh... Alhamdulillah, setelah lebih kurang 6 tahun berkahwin, akhirnya Wan selamat melahirkan seorang baby girl yang comel... sebelum tu memang Wan telah beberapa kali miscarriage.. 2-3 kali jugak kot... namun berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus, nampaknya Allah dah makbulkan doa wan tu... alhamdulillah...

Last Saturday, kami pegi visit Wan kat Mahkota Kemuning (cantiknya rumah baru parents Wan... :)).. selain dapat tengok aimee yang dah 4 bulan.. (lahir kat UK... kalau study sana boleh dapat free education... ye ker?) dapat jumpa geng-geng New College, Cardiff yang dah berkurun tak jumpa... ninie, zeti (husband dia Mod dulu kumpulan ruffedge tu...), brahim, ajip, joe... sempatlah update pasal diri masing-masing...

ninie, zeti, me, wan and her husband amin with aimee.. kesian aimee tengah nak mandi, aunty-aunty ni menyibuk je ek.. heheh

dr ninie dah anak 2 - Zulaikha & Thariq.. sekarang tengah persue master dalam bidang psychiatrist.. isk betul ke eja ni... his husband ajip sekarang keje dalam bidang Risk Management... Brahim dah anak sorang, Tasnim.. sekarang tutor kat Uniten.. Dr Zeti sama macam Dr Ninie.. tengah buat master tapi dalam bidang Family Medicine kat HUKM... anak sorang nak masuk 2 orang... her kid, Sarah is very pretty... comel sangat... and Joe still single mingle... (still not married... awek tu tak tau la.. tak tanya pulak).. tapi sekarang pakai BMW fuyooo... hehheh... running own business.. jadi developer... rumah joe ni dekat je ngan rumah kitorang tapi kat shah alam ni jugak baru jumpa.. hehheh...

ingat boleh jumpa ramai lagi.. bear, yan, fadhil, akmar, faiz,... tapi takde nampaknya...

ayah, brahim and his wife, Farah

anyway, good to see you guys.. after all this while... hehheh.... hope to see more of you all in the future... and most importantly, do keep in touch!

April 09, 2009

Isu semasa

Kemenangan PR di PRK di 2 bukit..

Tahniah kepada PR kerana dapat mempertahankan dua bukit tersebut. Majoriti juga bertambah. Namun kita gagal merampas Batang Ai. Tak mengapalah. To BN, tak sedar-sedar lagi? Pulangkan Perak kepada yang berhak. Biarlah BN memerintah kat Sabah Sarawak je...

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak atas perlantikan beliau baru-baru ini. Walaupun diselubungi dengan berbagai-bagai kontroversi yang melibatkan bom dan sebagainya, namun sudah ditulis di dalam loh mahfuz yang beliau akan menjadi perdana menteri malaysia yang ke-6. Maka sudah lengkaplah teori R-A-H-M-A-N itu...

R- Rahman
A- Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah (dulu ingatkan A ni untuk Anwar)
N - Najib

Lepas ni tak tau lah nak sambung dengan teori apa pulak.. mungkin ALHAJ ke.. hehhe...(sambung nama Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj).

Apa-apapun diharap PM baru kita akan dapat merealisasikan 1Malaysia nya(rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan).. hmmm.. macam biasa dengar je 1-1 ni... one company mindset, 1suara, 1intra... hehheh.... agaknya idea dari orang yang sama kot...

Sekarang ni masing-masing berdebarlah menunggu pengumuman barisan kabinet yang baru. Ah,, macam-macam spekulasi yang kedengaran. Macam tunggu structure ITSD yang baru yang tak keluar-keluar officially.. hheheh... Tunggu sajalah pukul 3 ni nanti...

Good Luck to our new PM!

(kalau dulu Pak Lah ada gelarannya... kalau Najib ni nak gelar apa ek? Pak Jib? tak sesuai... Che' Naj? apa punye nama la pulak tu... Wak Joyo? haha... apalah mama merapu nih...)

Pembunuh Altantuya dihukum mati

Wallahu a'lam.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu...

April 06, 2009

Cats Stories

Last weekend we went to Kempen Penjagaan Haiwan Peliharaan at Taman Tasik Cempaka, Bangi...
Well, there were mostly cats. Others were ayam serama and dogs, and snakes! wohoo... how snake can be a pet...
This cat looks quite weird.. but still cute...
This one is sooo cute.. looks a bit like gremlin though...
Raihana.. a big fan of cat... So which one do you like, dear? the white ones or the grey one?

cats for adoption.. anyone? Luqman is posing with ayam serama... if you notice at the back, the girl is playing with snakes!

Our kids (plus ayah actually) are all big fan of cats. Unfortunately we are all allergic to cats because of asthma. Another thing, we live in a terrace house with limited garden area. The management of the cat's litter will be quite difficult. That won't be a problem if we live in kampung. So there you go. We have no reason to have a cat at home.. heheh...

Actually, mama also loves cats. When I was little, we used to have a cat named Cebol. She was a white cat with black and brown spot at her forehead. When she gave birth to 6 cute little kittens, the trouble began. The kittens wee and pee everywhere. And their favourite place was Atuk's shoes! And we were little at that time that we only know how to play with them, not to clean their messes. Finally, Atuk brought them to our kebun and released them there.. including Cebol. Because it would be cruel to separate them from their mother. We cried... but just couldn't do anything...

That is one of the cats that I remembered most. Actually every now and then, there are cats coming and going...

Nowadays, actually every morning, there is a cat very loyally waits behind our backyard gate, waiting for food. And every morning, it is Luqman's duty now before going to school, to give her some leftover fish or chicken. Or if there is nothing in the fridge, Luqman will give her ikan bilis... So lucky aa you cat.. hehhe... Then she will go away... Tomorrow morning she will come back.. Aah she doesn't even have a a name yet. Today I will suggest to Luqman some cute names.. hehhe..

Be good to cats, be good to animals. Encourage our kids to be kind to animal. Tell them that they are all makhluk Allah too.. And every good deeds will be rewarded.