November 19, 2014

Percutian ke Cherating

Pada cuti raya haji yang lepas, kami berkesempatan untuk bercuti ke Cherating. Mengambil kesempatan sementara anak-anak dapat cuti seminggu raya haji hari tu. 

Hotel dah book. Tiba-tiba UPSR tangguh pulak. Ada paper Maths 1 kena ambik pagi Khamis tu. Nasib baik paper 1 jam je. Kami plan lepas Luqman habis tu gi ambik dia terus bertolak lah. Sekali tu last minute suami kena pergi office pulak sebab kena present untuk paper approval. Last minute boss dia suruh present juga sessi tu padahal cuti dah ambil. Suami punya slot pukul 10 so insya allah tengahari dah boleh tolak dah.
Tunggu punya tunggu tiba-tiba slot dia kena tangguh ke pukul 12 plak. Aduhai yang kat rumah ni dah resah gelisah dah semua terutamanya raihana dah start nak mengamuk dah. Akhirnya pukul 3 jugalah kami baru bertolak. Isk rugi masa. Patutnya dah sampai cherating dah ni..


Bila nak sampai ni...?
Boring dah saya...
Akhirnya pukul 7 mlm kami sampai di hotel penginapan kami, Holiday Villa. Alhamdulillah.... Bestnya duduk kat tepi pantai...Pasir yang putih dan halus mulus, angin sepoi-sepoi bahasa, desiran ombak memukul pantai... Aduhai indahnya alam ciptaan Allah SWT.





Disebabkan kami sampai pun dah dekat Maghrib, tak dapatlah nak lama-lama kat pantai tu.

Malam tu kami dinner di Pak Su Seafood. Dekat je dengan hotel. Just a short review, service agak kureng sikit tapi makanan dia boleh tahan sedap.. terutama tomyam putih dia sangat sedaap... kurangen kitorang. Tapi mintak air honey dew tapi dapat air tak tau air apa. Dia macam guna jus punya tapi memang kami 3 orang yang order air honey dew tu tak boleh nak telan la air tu huhuhu... Itu yang lagi spoil tu dan husband pun memang tobat tak nak datang situ lagi. Walaupun tomyam dia terbaik, katanya.. Hehehe..

(Takde gambar sebab masa tu takde mood nak ambik gambar sebab makanan tak sampai-sampai)

Pagi esoknya ialah hari aktiviti pantai dan kolam.. yeehaaa.... mainlah puas-puas...

Kerja main pasir je lah
"Main korek-korek" kata Aqil Aqlan
Mama pun tumpang sekaki


Penyu naik ke pantai tu
Mama yang buat hehe
Konon nak gambar romantik tapi spoil je pelampung la
bola la.. selipar la... hahaha
Dah macam ninja dah humaira maisara hehe
Cantiknya istana pasir korang buat hehe
Seronok sangat main volleyball pantai. Kitorang je conquer.
Swimming pool. Itu instructor macam tengah marah je hehe

Satu lagi kolam
Petang tu kami ke Kuala Kemaman cari keropok lekor. Kami ke Warung Otak-Otak Che Wan. Sebenarnya nak cari Warung Aziz Satar tapi tak jumpa-jumpa pulak. Lepas tu terjumpa warung yang ni, saya teringat orang pun dok recommend warung ni. Memang terbaikkk!!!

Pulut Panggang Inti Ikan
Mee Calong
Sata
Dapnyer...
Makan sampai puas, lepas tu tapau lagi

Selepas menjamu selera, kami singgah di Turtle Sanctuary. Aqlan pulak sibuk "Nak balik... nak balik...". Sabor je lah.





Malam tu kami pegi makan tempat lain pulak. Cherating Seafood kot nama dia dah lupa pulak. Tapi depan je dengan Holiday Villa tu. Malam tu kami makan a la carte je tak order lauk-lauk. Service memang tiptop kejap je dah sampai order. Tapi lauk semalam lagi sedap la. hehhehe.. Mama punya mihun tomyam pedas sangat.. 

Pagi esoknya last round main pantai dan mandi kolam. Budak-budak sambil kutip kulit siput. Ada juga yang dapat cantik-cantik! 

Tentang bilik hotel pula, kami ambik family room - Apartment 2 bilik. Living room boleh tahan luas ada sofabed dan meja makan. Ada 2 bilik air. Cuma keadaannya tu sebab hotel lama kan so old style sikit la. Takde apa yang menarik sangat. Tapi oklah. Cuma kami book online takde dapat free breakfast. So memang dah bawa siap-siap roti, jem, nutella, peanut butter, cereal, susu. 2nd day husband pi beli nasi lemak pulak kami makan kat tepi pantai. Oklah jimat jugak tu. Kalau dapat breakfast pun bukan dapat untuk semua orang.

Hari ketiga, kami pun bertolak balik. Singgah di Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Dok tengok-tengok kat internet macam best je siap boleh mandi dengan gajah, naik gajah. 

Tapi bila kami sampai sana cuma boleh bagi makan gajah je.Sama je macam kat zoo. Hehe.. Tak pasti sama ada memang dah tak dibenarkan ke atau kami salah timing sebab kami sampai pun dah nak tutup. Tapi bolehlah. Aqil aqlan seronok je walaupun takut. hehe









Berakhirlah percutian kami kali ini. Memang sebenarnya dah lama dah nak kembali ke Cherating sebab kalau ke pantai lain yang belah-belah pantai barat ni mesti rasa frust sebab tak macam kat belah pantai timur. Kami dah ke Damai Laut, Lumut, Port Dickson, Bagan Lalang... of course la tak boleh challenge cherating atau marang kan. Cuma jauh sikit la nak pegi.

Ok kanak-kanak, seronok tak??
Mestilah seronok kan...
Alhamdulillah...


No comments: