June 29, 2010

UMi 2: Palestine - Sejarah dan Perjuangan Ummah

Hmmm... yang ni ikut tajuk ustaz, yang sebelum ni ikut tajuk program. Bukannya apa, tajuk program tu nak bagi catchy sikit...

Alhamdulillah program UMi 27 June 2010 berjalan dengan jayanya. Kali ni memang kerja mama banyak sikit untuk preparation dan juga masa hari program. Pertamanya mama jadi MC. Ala setakat nak introduce ustaz lepas tu buat pengumuman sikit-sikit oklah. Nak dijadikan cerita tiba-tiba masuk agenda lain pulak tu. Kebetulan Dr Shafie sudi datang untuk merasmi. Terus mama jadi menggelabah. Sebelum tu memang dah prepare la sikit-sikit notes nak kena cakap apa. Tapi bila dah jadi macam gini terpaksalah sediakan MC script yang betul-betul punya. Tak susah pun cari je kat internet untuk pengacara program perasmian. Lepas tu ubah-ubah la ikut kesesuaian. Tapi nerveous la... dah jadi formal la pulak...

Itu satu. Satu lagi kami nak buat tayangan video pasal palestin. Jadi pakat-pakat akan guna laptop mama dan projector pun memang ada kat ayah. Jadi hari sebelum program kami pergi test kat surau. Video dewi yang buat. Tapi bila masuk laptop mama dia tak mau jalan.. tersekat-sekat. Bila guna laptop dewi pulak tak nak keluar projector. mungkin projector tu projector lama sikit and dewi punya laptop pakai vista. Ah sudah... petang tu kami try dari lepas asar sampai dekat kul 7 tak settle lagi... Pulaknya masa tu juga raihana tengah tak berapa sihat ayah tolong jaga kat rumah tapi bila bangun tidur mengamuk tak nak diam. Akhirnya kami balik je la esok nak datang awal ke surau. sementara tu malamnya mama akan cuba buka video tu, maybe guna player lain pulak... alhamdulillah malam tu godek-godek sikit akhirnya boleh bukak video tu dalam laptop mama. Tapi tiba kat surau esoknya, bila nak project dia tak nak keluar pulak. Orang dah la gabra nak menghostkan acara nih... tak boleh pikir. Ok cuba lagi laptop dewi. kejap keluar-kejap tak keluar. Akhirnya dengan bantuan akhi subky berjaya juga keluar kat projector guna laptop dewi. alhamdulillah...

Alhamdulillah ramai juga yang datang walau tak seramai UMi yang first hari tu. Namun dewan surau tetap nampak penuh dan makanan potluck pun banyak. Terima kasih kepada yang bawa-bawa potluck tu ye. Mama pun tak bawak pape. Tak sempat nak fikir nak bawa apa.

Selain merasmi, Dr Shafie juga menyerahkan sumbangan berupa 20 kerusi dan 8 meja untuk kegunaan Surau Taman Sutera. Antaranya boleh digunakan untuk tuisyen anak-anak di taman sutera dan juga program-program lain. Terima kasih YB.

Kuliah dari Ustaz Zamani juga tidak kurang hebatnya. Cuma kami minta maaf atas sedikit masalah teknikal yang menyebabkan slide ustaz jadi kecik. (Balik citer kat ayah, ayah kata itu kena tukar resolution tu...). Namun insya allah kami semua dapat manfaat daripada pengkongsian ilmu ustaz. Ustaz cerita secara ringkas sejarah palestin daripada empayar turki othmaniah hinggalah ke deklarasi PBB pada tahun 1947 yang mengisytiharkan negara haram israel. Namun focus kuliah lebih kepada peranan kita. Antaranya point-point penting..

- tinggalkan budaya yahudi seperti suka kepada hiburan, pergaulan bebas, merokok, riba' dan sebagainya. ada antara kita yang bila bercakap tentang yahudi berkobar-kobar menentang, join demo, bakar bendera israel dan sebagainya. tapi bila penat demo lepas tu duduk lepak merokok. Tanggungjawab kita untuk menyedarkan masyarakat islam bahawa yahudi itu bukan di palestin sahaja, tetapi unsur-unsur/budaya yahudi itu juga harus diperangi. Kerana sebenarnya yahudi amat takut sekiranya orang islam kembali kepada ajaran islam.

- Berikan sumbangan untuk disalurkan ke Palestin melalui badan-badan NGO seperti Muslim Care, Aman Malaysia dan sebagainya.

- Boikot ekonomi Yahudi. Di sini penting untuk kita bangunkan product muslim untuk menjadi alternative kepada product mereka. List of product yahudi tu boleh tengok di laman web PPIM di sini. Kalau susah nak tinggalkan semua, cuba lakukan sedaya upaya.

- Didik anak-anak kita dengan ajaran Islam. Tanamkan dalam hati kita supaya anak kita jadi pejuang Islam - kalau jadi doktor, doktor yang memperjuangkan islam. kalau jadi engineer, engineer yang memperjuangkan islam.

Itulah sedikit sebanyak yang mama sempat catit.

Selain itu, untuk anak-anak ada pertandingan mewarna. Wah setiap bulan anak-anak sutera ada pertandingan mewarna, mesti lepas ni mereka semua terrer mewarna. Nasib baik humaira maisara dapat juga hadiah saguhati, kalau tak monyok je la.. itu pun tak puas hati nak hadiah nombor 1,2,3 jugak. Kalau nak dapat hadiah hebat, mewarna pun kenalah hebat. heheh..

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mendokong dan menyokong program UMi. Terima kasih tak terhingga mama kepada ayah kerana tolong tengokkan raihana masa mama sibuk dua tiga hari masa tu... Kebetulan pulak masa tu raihana tengah terkena hfmd. kalau tak memang angkut je. hari ni pun mama cuti  lagi jaga raihana kat rumah. dr kata raihana punya minor je so kuarantin kat rumah je. petang ni ingat nak jumpa doktor nak sahkan dah baik betul ke belum. rasanya macam dah baik sebab semua bintik2 tu macam dah kering. Tapi just precaution and to double confirm. Takut pulak nanti kalau menjangkit kat budak-budak lain.

Hmmm... dalam malas-malas nak update blog terpanjang juga entry kali ni... oklah nak pegi masak...

notes: all pics credit to facebook taman sutera kajang.

No comments: