October 30, 2009

Seruan Haji

Mama baru habiskan buku Haji Muda karya Dr Ridzwan Bakar. Kalau dulu masa mama baca Travelog Haji, mama amat terasa dengan peranan doa dan kesannya terhadap kehidupan seharian kita, tidak spesifik kepada waktu Haji sahaja. Tapi bila baca buku Haji Muda ini, semangat untuk menunaikan haji terasa membara. Berkali-kali diseru untuk kita tunaikan haji semasa kita masih muda, sihat dan banyak tenaga. Selain memudahkan untuk kita beribadat, kita juga boleh membantu orang lain semasa di sana. Almaklumlah yang pergi menunaikan haji itu ada berbagai peringkat usia.

Kami memang pernah berbual-bual tentang haji ini. Ayah kata kita target umur 33 tahun sebab masa kita dibangkitkan di padang masyhar nanti, keadaan kita adalah seperti umur-umur yang begitu. Wallahu a'lam. So kalau ikutkan ada 2 tahun lagi la. Tapi kami baru je daftar tabung haji dan mereka bagi giliran lebih kurang 10 tahun lagi. Tapi sebenarnya kalau kita nak pegi cepat boleh tapi melalui pakej. Kalau muassasah RM10k, pakej mungkin dalam RM15k boleh dapat. Ada ke duit banyak tu? Sekarang ni pun simpanan tabung haji belum cukup lagi (asyik keluar je... hehe).

Namun kalau betul nak pergi dalam masa 2 tahun lagi, perancangan perlu ada dari sekarang. Selain daripada cukupkan simpanan, satu lagi ialah berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan jemputan kepada kita untuk menjadi tetamunya. Insya allah ruang itu tetap ada, sama ada melalui quota sapa-sapa, buat rayuan, ikut pakej ataupun masuk pertandingan astro oasis (boleh ke ni?)
Satu perkara yang merisaukan bakal-bakal haji muda ialah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Apatah lagi kami baru dapat berita akan kehadiran zuriat kami yang ke-6 insya allah due awal bulan June tahun depan. Siapakah yang akan menjaga mereka bila kami pergi nanti? Mama dah bayangkan mungkin atuk nenek Cheras boleh tolong tengokkan mereka. Cuma bila difikirkan macam tak sampai hati je nak tinggalkan especially yang kecil masa itu baru berusia setahun lebih. (kalau nak pergi umur 33 tahun). Itupun kalau tak ada adik lagi hehe (yang ni memang kena plan betul-betul nih.. jangan asyik 'ter' je.. hhehe) Tapi bila baca buku Haji Muda, beliau meninggalkan anak yang bongsu yang berumur 5 bulan. Isk.. lagi tak sampai hati dalam keadaan masih menyusu lagi... huhuhu...

Haji memerlukan pengorbanan.

Musim haji tahun ini, Mak Nit dan Pak Asri masih standby menunggu panggilan. Segala-galanya sudah disusun atur supaya tidak kelam kabut sekiranya menunaikan haji pada tahun ini menjadi kenyataan.. Ya Allah, berikanlah jemputanMu kepada Mak Nit dan Pak Asri dengan segera Ya Allah... Mereka dah bersedia dah dan tak sabar-sabar nak menjadi tetamuMu, ya Allah..

Mak Wa cerita-cerita hari tu mungkin nak pegi tahun depan. Kalau ikut giliran memang belum sampai lagi tapi Pak Lan ada cable yang ada quota (boleh tumpang?? hehhe) At least kami dah tahu satu saluran yang boleh merealisasikan impian kami.. heheh.. Ya Allah, tetapkan hati Mak Wa dan Pak Lan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan Ya Allah..

Ya Allah, jemputlah kami untuk menunaikan haji pada tahun 2011 ya Allah... Berkatilah perancangan kami untuk menuju ke rumahMu ya Allah... Panjangkanlah umur kami sehingga kami sempat menunaikan rukun Islam yang kelima itu ya Allah...

p/s - buku Travelog Haji dan Haji Muda - satu kombinasi yang baik sebagai motivasi untuk kita menjalani kehidupan seharian dalam mencari rahmat dan keredhaanNya. Namun mama masih mencari sebuah buku seperti ini dari kacamata seorang wanita. Kerana tidak dapat dinafikan cabaran dan nature antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Adakah akan lahir sebuah karya daripada kacamata mama sendiri? cewah...

No comments: