February 04, 2008

1,2,3 +1 demam


hari ni mama terpaksa ambik emergency leave sebab anak mama 3 orang demam... maisara, imran and raihana... tapi maisara macam dah kurang sikit... lagipun memang dia yang start dulu dari hari sabtu hari tu... pastu raihana pagi semalam pastu imran petang semalam... pastu pagi ni dengan bibik sekali ikut demam.. isk isk... imran n raihana tengah tidur so sempatlah mama online kejap lagipun memang ade keje mengemail yang nak kena buat hari ni... hopefully semua cepat sembuh.. this thursday dah nak balik kampung... kalau still demam tak best la...

this saturday ada hari keluarga Allahyarham Hj Yunus.. atuk mama.. dijangka dalam 300 orang ahli keluarga akan hadir... yelah keluarga kitorang je dah dekat 70 orang... lepas tu pulak adik beradik bak je ada 7 orang.. kali punya kali ade dekat 500 gak tu sepatutnye... meriah le gamaknya rumah tok cong nanti.. insya allah keluarga kami pun ada semua kecuali mak zun yang sekarang kat UK.. yang lain insya allah ada termasuklah pak azim yang dok kat sabah yang last sekali berjumpa masa kenduri kawin mama.. isk lama tu.. dekat 7 tahun kot... in fact diorang dah ada kat kampung dah.. isk.. tak sabor nak balik kampung.. namun alkisah nak jadik cerita si imad nazim yg dok kat kampung tu sekarang tengah kena chicken pox... isk... time-time ni la dia nak kena yek.. anyway anak mama semua dah pernah kena kecuali raihana la.. hopefully tak menjangkit la nanti...

some comments on isu semasa...

video lingam
isk... mama dah naik muak nak follow cerita ni sebab satu persatu mendedahkan betapa badan kehakiman kita penuh dengan keraguan atas kebersihannya... imagine.. tempat nak mengadu untuk mendapatkan keadilan sebaliknya penuh dengan noda-noda rasuah dan sebagainya.. memang la belum dibuktikan lagi tapi bayang-bayang tu dah nampak.. benarlah.. Allah sahaja yang Maha Adil...

pilihanraya
alhamdulillah.. nama mama dah ditukarkan ke sini.. so senanglah sikit urusan nak mengundi nanti.. lagipun kubu kuat kat johor tu.. hmmm.. better concentrate kat sini... orang kat tmn ni pun suka tanya kat 'paklah' bile tarikh pilihanraya... paklah jawab 'belum ada ilham'.. orang yang paling dekat ni pun tak boleh korek jugak... memang takde ilham lagi la tu.. hehhehe... agak-agak berani tak paklah sebenar nak announce tarikh in after mac... boleh la DSAI bertanding...

apa lagi? itu dulu kot... lama gak mama tak update blog nih.. sekarang ni keje mana la yang tak busy... keje mama everyweek menyusun meeting.. meeting sana meeting sini... horror.. ops terlupa satu lagi update on new TM structure after demerger... ITSSO di mana? huhu.. semua orang bising sebab tak nampak dalam chart.. orang kata kena masuk VADS... wallahu alam.. tunggu dan lihat.. orang Group IT at least selamat la dah confirm masuk under CITO... huhu... nak itut...

No comments: