January 29, 2009

Jalan-jalan rumah pak zan

Last sekali kami bertandang rumah pak zan ialah 3-4 tahun dulu masa mama kena outstation buat GIT Roadshow. Lama juga tu.

Last weekend during Chinese New Year holiday, kami berkesempatan untuk ke JB. Itu pun last minute plan. Hari sebelumnya tiba-tiba ayah ajak pergi. Asalnya nak jemput Pak Azim yang sampai dari KK kat airport Senai. Tapi rupanya Pak Azim dah buat arrangement lain dengan anak sedara mak nadia. Nasib baik telefon dulu. Kalau kononnya nak buat surprise ke... kan dah 'kecelik'.

cantik rumah 'baru' pak zan... baru renovate.. asalnya 1 tingkat renovate jadi 2 tkt.. dalam punye design takyah cakaplah.. architect punye rumah mestilah kagum kitorang... siap ada tingkap traditional dalam rumah, custom-built aquarium, air yang turun kat dinding. Kat luar pulak buat kolam ikan punye besor... bukan ikan yang berenang dalam tu.. budak-budak.. hehhe.. pendek kata kagum la... tapi sekali buat memang la cantik tapi nak maintain tu yang tak larat tu... duitnye pun mestilah cantik.. heheh..

sungguh tenang bersantap dikelilingi deruan air yang mengalir dan dengan pemandangan ikan yang berenang-renang..




tingkap yang menghubungkan bilik tidur utama di tingkat atas dengan ruang tamu di tingkat bawah.
favourite moment.. mandi kolam..


tak payah pergi wetworld.. mandi dalam kolam rumah pak zan lagi besh... hehheh...
---------------------------------------------------------------------------------
selingan...
calon suami mithali... :)

ayah masak nasik goreng.. sedaaap... masak-masak la selalu... hehehhe...





January 19, 2009

Pizza

Last friday kami balik lambat disebabkan kegagalan mama untuk anticipate yang hari jumaat petang memang terlebih jem... dari menara nak ke opis ayah ambil masa 45 minutes!! dalam UM je dah stgh jam... guard kat entrance UM tu la tahan setiap kereta... mama pun kena tahan... dengan selambanya mama cakap kat dia.. nak tumpang lalu.. hehehh... nasib baik lepas...

anyway.. disebabkan dah lambat and lauk pun tak beli lagi, mama rasa cam nak order pizza la... almaklumlah gaji baru masuk.. hehhe... ayah kata, eh domino's pun kena boikot la.. ha ah yek... terlupa lak... alahai...

balik2 tu pulak si maisara nampak brochure pizza dalam paper, pastu nak pizza pulak tetiba... sampai nangis2... terpaksalah mama janji nanti mama buat ye... so hari ahad semalam baru sempat nak buat... tu pun hectic jugak dari pagi pegi pasar, siang ikan, masak, sambung plak buat keje sket deadline kul 5 petang... lepas asar baru boleh nak menguli... isk isk...

sebenarnya agak malas juga... tapi sebab hari sabtu tu kuliah muslimat ustaz kata kita kena jadi pemurah terutamanya kepada ahli keluarga sendiri... ustaz bagi contoh anak nak cekodok.. buatkanlah cekodok... itu yang jadi rajin jugak nak buat pizza tu.. hehheh...

nak share resepi....

Pizza base

4 cups flour
3 tbs melted butter/margerine
1 tbs yeast
2 tbs milk powder
1 tbs sugar
1 tsp salt
1 egg
1 tbs honey
a stash of mixed herbs/parsley/oregano
200l warm water

uli hingga jadi doh. biarkan selama 2 jam.

selepas 2 jam. canai doh dan bentukkan bulat2 macam pizza base tu...

bakar 170degrees selama 5-7 minit. Keluarkan dari oven. Letak toppings pilihan... pasta sauce, hotdog, mushroom, crab stick, nanas, capsicum, mozarella cheese.
Bakar lagi hingga agak garing.

hmm... sedapnya... dan menjimatkan.. modal dalam rm30 boleh dapat 6-7 regular pizza... memang berbaloi....

January 14, 2009

apple pie a la mcD

"isk.. teringin nak makan apple pie mcD ni tapi tak boleh beli la... kena boikot mcD... barangan yahudi..."

Don't worry! mamasherry has the solution... let's make homemade apple pie a la mc donald... :) cewah. Mama dapat resepi ni daripada mamafami's tapi mama modify sikit-sikit contohnya kurangkan gula sikit sebab first time buat manis sangat... and then untuk kulit pie mama guna margerine instead of butter. first time dulu mama buat guna butter campur shortening tapi dia jadi rapuh sangat. jadi fragile pulak apple pie tu... so resepi di bawah ni yang sudah di modify sikitlah...

Bahan-bahan

Inti
7-8 biji apple hijau
segenggam kismis
80g gula
1 tsp cinnamon powder
30g butter

Kulit pie
500g tepung gandum
250 butter/margerine
1 biji telur
1 tsp salt
5 tbs cold/iced water

Cara-cara

Masukkan semua bahan inti di atas dalam periuk dan masak atas dapur dengan api perlahan sehingga apple jadi lembut. Tapi jangan sampai lembut sangat. Nanti jadi jam apple...



Untuk kulit pie, ramas tepung dengan butter sehingga crumbly. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit hingga jadi doh. wrap doh dengan plastik dan letak dalam fridge dalam 10-20 minute. nak lama-lama pun boleh juga. kenapa kena masuk dalam fridge ye? ini adalah tips untuk mendapatkan pie crust yang rangup.

Ok bila dah sedia, bolehlah kita roll the dough dan potong-potong ikut size macam apple pie mcD tu... Isikan filling tadi, then tutup dan lekatkan tepinya (tekan pakai garfu)



Sapukan kuning telur. Cucuk pie dengan garfu sikit untuk buat lubang supaya kulit belah dalam akan masak. masukkan dalam oven yang telah dipanaskan 180degrees. Bakar sehingga menjadi golden brown (dlm 15 - 20 minutes).
Voila!

Next time mama nak try goreng pulak..

January 07, 2009

Doakan saudara-saudara kita di Palestin

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin
Abdul Shukur Harun Tue Jan 06, 09 6:02:49 pm MYT


Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Qunut Nazilah

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

January 06, 2009

luqman's first day in school

5/1/09 was luqman's first day in school..

mama: cemana luqman best tak sekolah?
luqman: best!!
mama: (cewah) ramai kawan?
luqman: ramai sangat..
mama: sapa yang satu kelas dengan luqman?
luqman: azam, amni, uzma dengan ariff.
mama: kawan baru sapa nama?
luqman: fatin. yang lain luqman tak ingat la..
mama: (uik!?) dah belajar apa hari ni?
luqman: belajar banyaak... tapi senang je.. semua luqman dah tau...
mama: (cewah)


bersiap nak pegi sekolah


first day, mama ayah hantar la... esok onwards naik van cikgu niza... excited nampak...

kat kelas, duduk sebelah abdullah azzam..

suasana hingar bingar kelas waktu dah nak balik... padahal cikgu tengah bercakap kat depan tu.. isk isk... luqman pun dok berjalan ke depan ke belakang... dengan baju dah terkeluar... isk isk...

after school, mama nak ajar luqman beli pape... tengahari dengan pagi no problem sebab food provided. so kalau nak beli pape pun petang la kalau dah lapar balik... tapi mak oii ramainya budak2 nak membeli kat koperasi tu.. berebut2 pulak tu... cemana nak ngajor luqman ni... kalau beratur memang tak dapat ni.. luqman nak beli aiskrim... last-last mama suruh luqman berebut jugak la.. isk isk... apalah mama ni ajar orang suruh berebut pulak... huhu... tapi bila dah kena tolak2 tu luqman give up la... pastu menangis pulak... alamak.. tak macho la luqman... terpaksalah mama pujuk dia pegi beli aiskrim kat kedai lain je... takkan setiap kali camtu kot.. maybe sebab ramai budak darjah satu tak reti nak beratur lagi kot.. hope it gets better...
and guess what, not only luqman but imran too is going to a new school...

ceh.. buat muka cute pulak... kalau berdiri tu nampak la baju 'gedobor' sikit sebab pakai baju luqman dulu.. hehheh...

January 04, 2009

back to school

do you remember your first day in school?... seriously i don't... how luqman's first day in school would be?

coming soon...